Thursday, November 26, 2009

Sunday, September 20, 2009

Salam & 7E




Terkejut dengan layanan mesra yang diberikan tatkala melangkah ke kedai serbaneka termasyhur, 7Eleven (7E). Layanan mesra membuktikan bahawa Malaysia masih tinggi dengan budi bahasa dan tatasusilanya. Namun ini pertama kali buat diri ku. Sebelum ini berpuluh kali aku masuk ke 7E, namun senyuman pun sukar untuk dikuntum.
Segalanya bermula apaliba door bell berbunyi:
ding dong...
pekerja: selamat datang.
aku: celcom 20.
pekerja: saya bagi 10-10 ya.
Aku mengangguk dan pekerja itu terus mengimbas barkod yang tercatat.
pekerja: terima kasih. ASSALAMUALAIKUM
Aku hanya menjawab dengan anggukan sahaja. Setelah beberapa langkah baru ku perasan dia memberi salam dan aku terus menjawabnya.
Renung-renungkanlah

Tuesday, August 25, 2009

Tak Leh Tidur...

Aku tak tahu kenapa malam ni aku tak boleh melelapkan mata... walaupun jam menunjukkan 10 minit lagi 2 pagi... Memikirkan nasib diri aku yang sukar digambarkan. Terlalu banyak yang aku fikirkan hingga tak tahu nak luah pada siapa. Akhirnya blog ini yang menjadi tempat untuk dicurahkan segalanya. Lantaklah jika ada orang yang terasa pedas tatkala membaca coretan ini. Aku tak kisah walau siapa dia pun. Sebab makin ku pendam makin sakit rasanya.

Tak tahu dimana silapnya, semuanya seperti terletak di atas bahu aku. Tak siapa yang mampu menolong melainkan diriku sendiri. Dan aku rasa aku perlu meluahkannya sebelum dia menjadi dendam yang tak berkesudahan.

Aku pernah terdengar orang tua berkata, "selagi tak tidur sebantal, kita tak tahu orang tu macam mana" akhirnya benda ini terjadi kepada diriku sendiri. Entah mana silapnya, aku selalu sahaja melihat sikap buruk orang berbanding sifat baiknya. Walaupun pada zahirnya dia adalah insan yang baik. Tapi aku pasti menjumpai sikap buruknya walaupun sekelumit.

Mungkin berpaksikan inilah aku sehingga kini tak pernah ada SAHABAT KARIB. Abang aku sendiri pernah menyatakan, cari kawan baik yang kau boleh luahkan segala masalah. Supaya masalah tu tak terbeban sendiri. Tapi aku sukar untuk mencari kawan baik apatah lagi sahabat karib hanya kerana aku sering ternampak sikap negatif yang akhirnya menjerumuskan aku untuk sukar mendekati seseorang.

Dulu roomate aku. Dari awal masuk UiTM aku dah tegur dia kerana menyidai tuala hingga menyebabkan bilik sedikit gelap. Hanya kerana benda kecil macam tu, aku menegurnya dengan agak keras dan seterusnya nampaklah semua perkara negatif. Sedangkan semua itu boleh dipadamkan dengan kebaikannya yang aku rasa dah lebih dari sifat negatif dia.

Sekarang housemate aku. Entahlah aku pun tak tahu nak kata apa. Dah banyak kali ku pesan, kemas, jangan sepah... tapi tetap berlaku juga. Hinggakan aku rasa bila dia tak ada di rumah aku begitu tenang... tapi bila dia ada, kepala mula berserabut. Kepada housemate ku yang membaca, maaf dihulur. Aku tak mampu nak tanggung lagi. Walaupun nak disebut namanya. Mungkin boleh difahami.

Kadang aku rasa dunia aku mungkin hanya untuk budak-budak level aku... Aku rindu suasana dulu. Teringin rasanya kembali zaman part 1-3. Tatkala ketika itu senior ku masih bersama, bergelak ketawa. Walaupun ada kalanya makan hati dengan diorang semua... tapi aku mampu melupakannya.

Tapi tidak kali ni... semuanya seperti duri dalam daging yang makin lama dibiarkan akan menjadi nanah dan membusuk. Dia fikir dia mampu melakukan semua kerja, dan kalau boleh nakkan semua tu dia yang buat... tapi diakhirnya tak mampu untuk lakukan seorang diri. Dan akulah kadang kala menjadi mangsa. Terpaksa dengan rela hati melakukan semua tugas yang sepatutnya bukan aku yang buat. Sebab tak ada pilihan lain, aku juga yang menjadi pak sanggup dan pak turut melakukan semuanya.

Kadang aku ade juga memberikan seribu alasan untuk mengelak... tapi akhirnya pasti terjerat juga... nak ditegur, kawan sendiri tak sampai hati. Tak diluah ini lah jadinya. Makan hati sendiri. Dari dulu lagi aku makan hati yang menjadikan aku seorang yang sensitif sebelum.

Teringat kembali zaman sebelum aku masuk ke UiTM... boleh kata aku begitu sensitif dengan semua yang aku lakukan. Sehinggakan apa yang nak dikatakan kepada orang lain pun aku terlalu berjaga-jaga demi menjaga hati pihak lain. Tapi tak sampai 1 tahun aku menginap di level, semuanya berubah. Cakap main lepas, tak fikir perasaan orang. Semuanya open minded. Kini semua membelenggu aku balik.

Sakit rasanya hati ini... tapi sukar untuk diluahkan... adakah memang fitrah aku begini??? Tapi selagi aku tidak mengubahnya, mungkin aku akan dipijak suatu hari nanti. Apakah langkah pertama yang perlu aku lakukan??? Aku sendiri tak berani untuk melangkah...
Kadang teringin mendengar herdikan senior yang membuatkann aku berani... tapi semua tu dah tak ada lagi...

Friday, July 17, 2009

Alahai Driver...

Betul kata orang...
Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain...
Dah memang mcm tu ciptaan yang MAHA KUASA... tak boleh diubah melain diri sendiri.

Dah tau "panas" dalam badan tu tinggi jangan la jadi driver... Sebagai seorang driver perlukan kesabaran dan sopan santun yang... aku rasa kempen budi bahasa yang kerajaan buat tak berkesan.

Sepatutnya LPKP perlu menetapkan syarat pemandu bas dan teksi @ kereta sewa ni seorang yang berhemah tinggi, sopan santun. Baru klien tak lari.

On the way nak ke Melaka Sentral menaiki Thai Lye pakcik driver tu kerek nak MAMPOS. Elok mampos je dari jadi driver. Kira ni pengalaman aku yang kedua la. Mula-mula dulu naik teksi. Tapi korang nak aku cerita yang mana dulu???

Better aku start dengan yang the latest one la. Ade la sorang nyonya tua ni nak naik bas, dia pergi herdik nyonya tu sebab penumpang lain belum turun lagi. Kesian aku tengok nyonya tu. Mane lah dia nak nampak penumpang kat atas bas tu, dia dah la rendah. Yang pak cik driver ni plak ikut kan baran dia jer... kalau ikut hati tadi memang aku blah terus, tak nak aku naik bas dia. Bukan sebab takut tapi sebab dah lambat.

Masa dalam bas plak, budak-budak sekolah ni tekan loceng terlalu awal, bajet pak cik tu turunkan bawah jejantas. Tup-tup;

Pak cik Driver: "Siapa yang tekan loceng tadi? Dah dua kali dah, loceng kat sini berenti kat sini! Siapa yang tekan tadi?" (terus buat muka ketat)

Boy 1: "Depan la sikit la orang tua ni pun" (suara slow)

Boy 2: "Biarkan jer, tak yah layan!" (suara slow gak)

Aku kat belakang gelakkan je pak cik tu. Biar dia rasa, tak tau respect customer. Mcm mana orang nak respect dia.

Lepas tu bawak bas mcm dia sorang dalam bas tu. Mula-mula menyelit dengan kancil. Kesian aku dengan kancil tu...

Next story tunggu next post.

Monday, July 6, 2009

My First Gay Experience

Jangan salah anggap dengan title post ini. Setelah sekian lama tak menulis dan tak tahu untuk menulis aper, terlintas di fikiran untuk berkongsi pengalaman disebalik program anak angkat yang aku ikut tak lama dulu.

Mungkin ade pembaca blog ini yang telah mengetahui sebab aku dah sebarkan cerita ini kepada beberapa teman. Hahaha kelakar pulak nak ceritakan tapi aku rasa cerita ini perlu dikongsi bersama.

Bertitik tolak ketika mengikuti program anak angkat. Yang tahu dimana teruskan membaca tetapi yang tertanya-tanya jangan tanya bila dan dimana.

Pengalaman bermula apabila kami diserahkan kepada keluarga angkat. Satu family dapat 5 orang anak angkat dari seluruh malaysia termasuk Sabah dan tak termasuk Sarawak.

Adik angkat aku seorang dari Sabah, seorang dari Kedah dan dua orang dari Kelantan. Nak dijadikan cerita... (kenapa aku suka guna ayat ni???) aku dapat sebilik dengan budak Sabah dengan Kedah ni.

Insiden Malam Pertama:

Kira-kira jam 12.00 kami dah masuk tidur. Semua orang tidur sekatil (king size punya). Lalu bermulalah drama. Si budak Sabah (S-S) tidur ditengah antara aku dengan Si budak Kedah (S-K). Lalu berlakulah insiden peluk memeluk antara S-S, S-K dan aku. Aku ingat dia memang tidur ganas n aku biarkan saja sebab dah biasa kena peluk dengan Tedop senior ku bila kitorang tidur sekali.

Tetapi yang terjadi seterusnya... 69 position mengambil tempat antara S-S dengan S-K. masing-masing melucutkan aper yang ada. S-K dah memang tidur dengan boxer. Aku mengucap panjang bila melihat dan jantung berdegup kencang.

"Jangan buat ape-ape dgn aku... aku tak nak campur" hati kecil berbisik.

Habis asmara antara diorang, terdengar bisikan dari S-S;

"Ali aku lelaki sejati... apa aku dah buat... aku berdosa pada Tuhan!!! MakkK!!!"

Itu yang aku dengar.

Pabila terbit mentari, (wah ayat sastera, kalah ayat K.O) entah macam mana aku lupa segalanya. Peristiwa malam tadi bagaikan suatu mimpi...

Insiden Malam Kedua:

Diorang buat lagi... tapi kali ni lagi dahsyat. Siap meneran kuat-kuat. Tapi kali ni awak sikit la diorang buat. Dan alhamdulillah diorang buat bukan atas katil, bentang comforter atas lantai diorang tidur atas lantai.

Posisi yang sama dan adegan yang sama. Tapi nyaris kantoi dengan aku (padahal dah kantoi pun). Tiba-tiba, telefon ku berbunyi lebih kurang jam 12 ketika diorang sedang asyik dibuai keenakan XXX. Aku saja melambatkan pergerakanku membaca sms nak tengok reaksi diorang berdua. Pandai cover... terus tarik selimut cepat-cepat. Lepas aku baca sms aku sambung pura-pura tidur dan mereka pun sambung adegan mereka.

Ingatkan malam pertama tu dah bertaubat, dah insaf. Tapi semua tu topeng semata-mata.

Sunday, May 24, 2009

Disebalik "Syurga Cinta"

Malam tadi...
Demi menghilangkan kebosanan...
Aku dan housemate aku dan juga member aku pergilah menonton "Syurga Cinta". Karya terbaru Ahmad Idham yang producer-nye David Teo (sorry kalau salah eja)

Mungkin ada yang kata cerita tu jiwang... untuk orang-orang yg romantis boleh la layan. Tapi pada aku, cerita semua universal. Even yang 18SX. Motif producer selain membuat duit adalah menyampaikan mesej dalam jalan ceritanya.

Kelakar, tapi penuh makna mendalam. Itulah yang aku dapat simpulkan. Sesiapa yang dah tengok boleh komen antara setuju atau tidak apa yang akan aku coretkan sebentar lagi.

Antara sedar atau tidak, disebalik apa yang dipaparkan dalam cerita tersebut ada "benda lain" yang dipaparkan. Scene Heliza muncul secara tetiba di belakang kereta Awal dekat tepi highway tu pun menyeramkan gak (agak terkejut gak tengok walaupun sebelum tu tergelak terbahak-bahak).

Since aku ni student MassComm yang dah pegang kamera production, selain tengok cara dia main dengan angle camera tu, aku tengok gak mesej disebalik mesej. Itulah yang nak aku beritahu.

"benda lain" yang aku maksudkan adalah:
1) Kejahilan orang zaman sekarang berkenaan ilmu-ilmu agama dan budaya timur. (itu yang nampak)
2) Kehancuran ANAK MELAYU berdansa di club, bercampur antara lelaki dan perempuan. (ini yang orang selalu tak nampak)
3) Harta duniawi yang mengaburi amalan ukhrawi. (ini yang ditayangkan)
4) Mempersendakan agama hingga dah nak mati baru bertaubat dan bermain dengan syurga dan neraka Allah. Tapi scene ni orang boleh gelak-gelak. (ini yang ditafsirkan oleh penonton: lawak. Bukannya nak amik serius benda ni)

Itu lah yg boleh aku simpulkan. Dan apa yang menarik minat aku bila diketengahkan TIGA KATEGORI CINTA:
1) Cinta yang datang daripada syaitan.
2) Cinta yang datang daripada jin.
3) Cinta yang datang daripada Allah S.W.T

Tapi cerita tu memang best. Kelakar dengan watak Haziq. Tak sangka dia pandai bawak watak tu...

Apa yang lagi penting dia balance-kan cerita tu. Itu yang menarik. Menayangkan dua dunia yang berbeza. Satu jalan ke syurga. Satu jalan ke neraka. Sesiapa yang tak sedar mungkin dia akan tergelak hingga ke luar panggung. Tapi sesiapa yang nampak mesej yang cuba disampaikan, mungkin akan tersentap seketika. :-)

Kepada yang belum menonton, silakan tonton "Syurga Cinta". Jangan tengok pada jalan cerita saja, tetapi disebalik jalan cerita.

Yang aku tak sabar nak tengok "Jangan Pandang Belakang Congkak". Tengok dia punye preview pun dah kelajar. Lagi-lagi bila tengok toyol naik motor.

Selamat Menonton.

Thursday, May 14, 2009

Kisah Disebalik "Lepas Kareoke"

Huhuhu... Insiden yang begitu menjijikkan dan menggelikan. Tapi kadang fikir balik kelakar la pulak. Bodoh betul la cina tu. Bengong nak mampus.

Alkisahnya begini...

Hari Ahad 10 Mei 2009. Alit nak merelease tension so dia ajaklah housemate and member dia (budak UM) pergi kareoke dekat MelakaRaya. Lepas puas melalak dengan beberapa buah lagu, kitong ber-5 pun pergilah minum dengan Jalan Laksamana.

Dah duduk ni... Akak tu pun amik order. Dah habis amik order orang jual otak-otak pulak datang. Tapi kesian la... Aku teringin nak makan, tapi lepas bukak otak-otak tu isinya kecik, sikit nak mampos. And warnanya tak menarik. Si Fizi test la sikit. Buat macam food tester!!!

"Tak sedap"

"Bungkus jer balik. Buat bodoh jer"

Begitulah... maka aku pun membungkusya semula tapi aku tak cuit. Aku tak cuit sikit pun.

Dah tu sembang-sembang la kejap. Tiba-tiba Cina Cibai di meja sebelah boleh pulak kencing berdiri di tepi longkang dekat dengan meja kitorang. BODOH PUNYA CINA! #^*&#%$ ^ *$*!.

Nasib baik aku dah habis minum. Si Alit pulak menyumpah-nyumpah CINA BODOH! tu...

Kitorang pun apa lagi... angkat kaki la. Terus blah...

Dalam kereta menyumpah tak putus-putus.

BODOH PUNYA CINA...

Thursday, May 7, 2009

MENYAMPAHNYA....

salah aku atau salah dia???


Entah kenapa bila dia muncul depan mata, mood aku yang baik terus menjadi buruk. Tak tahu dimana silapnya, lagi-lagi bila pasangan belangkasnya wujud sekali. Adakah aku terlalu berfikir bahawa aku ni seorang insan yang sempurna?

Setiap kali kewujudannya di depan aku, pasti lain jadinya. Walhal sebelum ni dia adalah teman baik aku. Dia totally different now, tak seperti dulu. Adakah aku terlalu memandang negatif padanya. Padahal dulu aku yang mencanang, jangan memandang negative-side seseorang tu, tapi sekarang ianya terjadi pada aku.

Mungkin aku tak patut mencipta falsafah-falsafah yang mengarut yang diwujudkan tanpa sebarang kajian dan selidikan. Adalah aku perlu merendahkan diri memohon maaf atas kesilapan diriku???

Tuesday, May 5, 2009

Akhirnya Ader Finger Tag Sendiri...

First day masuk kerja...

Tak la penat mana, tapi lambat finger tag sebab lambat lapor diri. Sepatutnya lapor diri sebelah pagi, tapi pegawai yang incharge takder, so hari pertama just dapat separuh hari punye gaji jer walaupun datang full.

Huhuhuhu.

Saturday, April 18, 2009

AAAHHHHHH

18 April 2009...

Hari ini dalam sejarah...

Apabila aku kehilangan dompet dan syukur akhirnya bertemu kembali...

Nak dijadikan cerita, lepas overnight kitorang (aku, ben didi, & nini) nak pergi breakfast kat Sungai Petai...

Tapi bila keluar dari kereta aku raba poket...
"DOMPET AKU TAK ADA!!!"

Lepas tu kami teruslah breakfast walaupun dompet aku takder...

Lepas tu murahlah rezeki kami bila tetiba Kak Jammy datang beli sarapan. Tanpa di sangka akak yang amik order tadi datang bawak calculator and kira makanan kami. Dia cakap ada orang nak belanja. Syukur alhamdullah.

Tapi entah macam ner... entah jurus aper yang Kak Jammy guna, kitorang boleh tak perasan. Tau-tau Kak Jammy dah masuk dalam kereta dan berlalu dengan senyuman juga "tata".

Kemudian kami dengan segeranya pergi ke Balai Polis Rembia konon nak buat report. Tapi officer tu macam nak tak nak jer amik report. Lepas tu tak friendly plak tu... Semua polis memang macam tu ker???

Lepas semua keterangan aku berikan, dia pun buat call ke Balai Polis Tanjung Kling. Sebab dekat situlah aku suspek dompet aku hilang.

Akhirnya dompet aku dijumpai disana. Apa lagi dengan segera aku bergegas ke sana... Sampai di sana aku terus menuntut balik dompet tu. Nasib baik tak der paper yang hilang even RM2 aku dapat tu. Still dalam kedudukan yang sama. Cuma document lain dia selit ke dalam sikit la.

Balik tu semua orang tidur... sakit hati betul... Kate nak overnight. Tak yah la tidur. Tapi akhirnya aku jugak yang tak tidur. Yang lain semua dah berdengkur.

Dah la tak tau nak cita aper lagi... Next time sambung lagi la. N dickie nanti aku bawak ko makan kat curry house tu..

Tuesday, April 14, 2009

KENYANG!!!





Cuba bayangkan berapa harga makanan di atas???

Namanya, nasi daun pisang. Aku melantak makanan ni dengan harga RM6 dan milo air macam biasa RM1.

Memang best, tapi sayang aku tak dapat nak habiskan semua sebab terlalu banyak...

Nak dijadikan cerita;
untuk menurunkan semua nasi-nasi dan lauk pauk yang masuk ke dalam perut, aku naik motor dengan melalui jalan yang jauh.

Tapi tak lama lepas tu melantak pulak Cendol Jam Besar kat Melaka. huhuhu

Memang tong drum la aku ni. Dalam masa sejam macam-macam aku telan.

Nak buat macam ner... aku memang suka mengunyah lepas aku makan nasi. Biasanya aku akan amik snak la. Tapi kadang roti pun aku bedal.

Huhuhu

Saturday, March 28, 2009

HATI & DUNIAKU...untuk siapa???

Keliru dengan diri ini...
Memikirkan masa depan yang bakal ditempuhi...
Entah dengan siapa akan berada di sisi...

Layakkah masa depan untuk ku???
Sedangkan hati & duniaku sendiri keliru...
Mencari dimana hendak dituju...
Dan bersama siapa meneruskan liku...

Rangkap pantun yang tertulis secara tidak langsung pabila memikirkan masa depan yang akan ku harungi. Entahlah kadang aku bingung... Layakkah aku untuk dia??? Dunia ku dan dunianya berbeza. Persamaan sukar sekali untuk dicari.

Hatiku...
Itulah duniaku.

Kerana hati dan pemikiran aku sendiri yang akan menentukan kehidupan aku bagaimana. Namun, hati ku... tak tau nak cakap macam mana; ianya pernah dimiliki. Tapi duniakan sukar untuk diterima.

Dunianya terlalu mulia dan suci. Sedangkan dunia ku... boleh kata hancur dan tak salah aku katakan sebenarnya duniaku terlalu sosial. Tapi itulah duniaku. Aku yang pilih dan aku yang tentukan.

Adakah aku sesuai untuknya??? Jika ku teruskan... bagaikan aku menyembelih haiwan peliharaan yang tak berdosa. Terlalu zalim aku padanya.

Apa yang perlu aku lakukan??? Tiba-tiba fikiran ini buntu untuk mencari penyelesaiannya. Atau mungkinkah semua ini salah aku??? Ya memang salah aku... kerana aku terlalu zalim...

Tuesday, March 24, 2009

KE"tension"AN YANG MELAMPAU

Minggu lepas dan minggu ini ku rasakan, ketensionan tahap maximum melanda diri ini. Tak dapat untuk aku gambarkan bagaimana rasanya apabila semua assignment harus di-submit within this two weeks.

OH MY GOD.

Aku tak tahu nak mengadu pada siapa, tambahan pula aku jenis orang yang tak suka mengadu. Alhamdulillah, aku tidak dilahirkan sebagai orang yang tinggi tahap stress nyer.. Kalau tak aku rasa aku dah mati.

Dengan kelas Marketing yg aku sendiri berniat untuk drop, assignment2 lain yang perlu di-settle-kan dan macam2 lagi hal persatuan yang terpaksa aku tempuhi.

Sabtu lepas time FESKOM, masa itulah aku berhadapan dengan cabaran yang paling besar dalam hidup ini. Dalam masa sama aku kena berhadapan dengan budak2 yang bengang sebab tak dapat main futsal di Karnival Remaja Rakan Muda.

Aku tak tahu salah siapa, tapi aku taknak salahkan sesiapa. Mungkin salah aku sendiri sebab terlalu lambat dan selalu delay benda2 penting. Tu sebablah aku jadi lembab. Tahap disiplin aku kurang. Doakanlah aku supaya berjaya merubah kepada Gaya Hidup yang Lebih Sihat.

Hari ni ader dua presentation yang aku rasa macam nak mati. Petang ni ada presentation Multimedia individual punya and its suck. Hancus...

Biarlah dia menjadi sejarah DMC5F. Nasib baik aku berjaya menanganinya dan alhamdulillah ianya tak makan terlalu banyak masa. Kalau aku tak bertindak aku rasanya lagi kelam-kabut.

Tuesday, March 17, 2009

Kerja Kerja

OOO... Pening kepala memikirkan tak ada kerja
Tanam anggur, sijil diploma gantung di dinding sahaja
...
...
...
La la la la la hari-hari kerja

la la la la bosan dengan kerja haha

...
...
...

Sedutan daripada lagu Meet Uncle Hussain (MUH). Aku akhirnya merasa bagaimana penat dan payahnya mencari rezeki. Mungkin ada yang akan menggelakkan aku tapi itulah aku...

Lepas SPM aku tak kerja pun, just uruskan kebun sawit bapak aku.
Ni kelas camera aku malam sebelum wedding. huhuhu











ni la model aku pada malam tu... muka KOSMO! dah tengok pic dia, ni plak pic aku yang dia amik. huhuhu











sorry la aku memang tak tau nak post. Boss aku sendiri pun cakap aku out kalau post.

Friday, February 27, 2009

TENSIONNNN....

26 Mac 2009...

Aku bangun pagi pada jam 10.00 pagi, itu pun setelah dikejutkan oleh benjol. Huwa hahaha... Makanya aku terlepas kelas Audio video. Padahal pagi tadi ader presentation storyboard. Tapi disebabkan malam tadi study dengan begitu khusyuk sekali untuk subjek ETR, aku tidur jam 4.00 pagi.

Roommate aku pun satu hal, bukan nak kejutkan aku. Sengal dua orang tu. Setelah sekian lama tak tidur lambat, ni la pertama kali aku tidur lambar untuk sem ni. Sebelum ni aku tidur lambar sebab temankan senior buat work, tapi sekarang senior dah tak der aku pun tidur awal.

Dah la malam ader test ETR, aku baca pun ala kadar jer. Macam malas nak amik port, rasa malas nak belajar pun ada. Tapi aku tak nak sia-siakan hidup kat kampus. Biarlah sengsara sekarang.

Tapi yang lagi menyakitkan hati apabila program aku yang sepatutnya memerlukan kekuatan peserta seramai 80 orang dikurangkan oleh pihak pentadbiran kepada 40 orang. Mana nak best. peruntukan memang untuk 80 orang, tapi lulus untuk 40 orang jer... Aku pun yang time tu tengah study ETR terus tinggalkan buku, dan melaksanakan langkah drastik untuk counter balik problem yang datang tiba-tiba.

Aku cuba berhubung dengan pihak pentadbiran petangnya, hingga sanggup skip kelas petang semata-mata nak settle-kan benda ni. Tapi still tak settle sebab insan yang bertanggungjawab meeting. So aku sms dia aku nak jumpa lepas dia habis meeting.

Ok. Itulah jawapan yang aku terima. Tapi setelah sekian lama aku menunggu di hadapan ofis. Satu per satu staff keluar untuk pulang ke rumah. Sebab, office hour dah habis.

TENSION!!! Aku dah janji nak jumpa dia tapi PA dia dah tutup ofis, so aku pun apa lagi. Malas nak fikir panjang aku pun melangkahkan kaki meniti sisa-sisa ke-tension-nan aku.

Wah! Bombastiknyer ayat. Nak kalahkan Akhadiyat Akashah.

Petang tu lagilah tension sebab tak habis study lagi.

Akhirnya aku dapat mengawal stress yang melanda diri ni. Huhuhu. Aku rasa betul kata Madam Wan... ramai orang media meninggal sebab stress... so dari sekarang kena belajar macam mana nak control stress. Cara yang mudah adalah:

1. Duduk diam-diam; jangan fikir apa-apa.
2. Tarik nafas, keluarkan dari mulut.
* Cuba buat berulang kali. Kemudian teruskan pekerjaan yang sedang dilakukan dengan tenang. Jangan terlalu tertekan.

Itulah tips untuk control stress. Keputusannya anda dapat kawal stress dan dapat belajar dengan tenang.

Wednesday, February 25, 2009

Masalah-Masalah-Masalah

Malam 23hb Februari 2009, merupakan malam yang paling mencabar untuk diri ini. Terpaksa menebalkan muka meminta pertolongan daripada semua orang tanpa rasa malu dan segan semata-mata untuk mendapatkan RM900 dalam masa satu malam.

Lebih kurang jam 9 malam, seorang insan yang telah banyak berkorban untuk group aku akhirnya membuat panggilan. Menginginkan pertolongan dan merayu supaya dapat membantu pada malam itu juga.

Aku sebagai orang tengah yang telah menemukan group aku dengan insan berhati besar ini berusaha sedaya upaya. Call orang tu, orang ni. Semata-mata… untuk mendapatkan wang tersebut dalam satu malam. Group member yang mendapat berita yang boleh dikatakan dukacita itu bertungkus-lumus mengeluarkan kerak-kerak duit yang masih ada di akaun masing-masing.

Aku pula masih mencuba mencari “ah-long” yang sudi membantuku malam tu. Tatkala semua group member terkejut dengan informasi yang aku maklumkan, aku buntu dan gelisah. “Dekat mana nak cekau RM900 dalam satu malam?!!” hati kecil ini menjerit.

Hello encik, boleh minta tolong tak?
Tolong apa?
Nak pinjam duit!
Berapa banyak?
900!!!
Mana saya ada duit banyak tu malam ni. Kalau esok boleh la..
Tak ada ya encik.. kalau macam tu tak per la encik. Terima kasih.

Tiga panggilan aku buat untuk meminta tolong… Akhirnya aku membuat keputusan, call group member aku tanya berapa ramai yang boleh keluarkan duit. Setelah dihitung, akhirnya enam orang member boleh mengeluarkan duit. RM90 seorang.

Tanpa diduga, rahmat Allah datang, seorang insan yang aku buat panggilan sebelum ni call aku semula.

Ali saya ada rm300 saja, kalau nak pinjam, itu saja yang saya boleh beri.

Aku pun menjawab: boleh encik, lagi pun group member saya dah dapat RM540, jadi kalau encik nak bagi pinjam duit tu dah cukup la.

Bila nak ambik duit.

Nanti saya datang rumah encik.

Aku tanpa membuang masa terus bergerak ke rumah insan yang baik hati itu.
Terima kasih encik, saya janji hari Rabu saya pulangkan. Terima kasih banyak-banyak encik.

Akhirnya aku dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu diri setelah sekian lama.

Tuesday, February 17, 2009

TAKZIAH

Ade Ellis Kurnia Prasanti Putri...

Mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 1 Februari 2009.

Berdaftar dengan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka lebih kurang jam 7.30 malam dan berada di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama selama dua minggu.

Mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian muka. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa pada otak mangsa.

Namun, Allah lebih menyayangi Putri yang telah dijemput dengan selamat pada jam 10.00.

Namun apa yang menyedihkan, jenazah yang telah pergi pada sebelah malam masih tidak dapat diuruskan di sebelah pagi kerana perlu menunggu surat dari Kedutaan Indonesia.

Mengapa perkara ini boleh terjadi. Hospital tidak dapat menguruskan kerana perkara yang mudah.

Kesian aku bila mendengar apa yang berlaku

Saturday, February 14, 2009

????

Bosannya blog aku sekarang???

Ader idea tak... sebab aku rasa blog aku terlalu kosong.

Kalau ada, just leave a comment.

TQ

Sunday, February 8, 2009

7 Feb 2009.

Jam menunjukkan 9.30 malam. Aku termenung di tangga jejantas Melaka Sentral kesorangan. Menanti,
merenung
dan memikirkan sesuatu yang aku rasa… emmm tak tahu nak cakap mcm maner. Mungkin ada yang terfikir, apa yang aku buat malam-malam dekat pusat Bandar sorang-sorang? Gila ker??? Tabiat ama datang kembali… ada kalanya aku rasa aku selesa berada sorang diri, merenung tanpa arah tujuan dan berjalan tak tentu hala.

Sempat juga merakam gambar sendiri di sini, walaupun hanya menggunakan camera laptop yang tak seberapa ini. Mata-mata dari kereta merenung. Lantaklah, aku punya hal orang lain nak sibuk buat aper? Janji aku happy. Padahal tengah tunggu seseorang yang entah bila akan muncul. Janji pukul 8 nak amik kat MC tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung.

Bagi melepaskan kebosanan setelah berjalan-jalan di TESCO dan makan sushi yang selama ini aku idamkan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencoret. Nasib baik bawak laptop. Kalau tak, tak tau nak tulis atas apa dan guna apa. Mungkin terpaksa menggunakan air liur dan mencoret di atas batu tangga ini.

Takut gak manalah tau ada yang nak culik aku ker, nak buat apa-apa yang tak elok ker… Walaupun tempat ni bising dengan hiruk pikuk Bandar Melaka tapi… mintak-mintak tak ada apa yang jadi pada diri ini. Ya Allah bantulah hambaMu ini… semoga dijauhkan dari sebarang mala petaka yang tidak diingini.

Tak tahu apa nak dicoretkan lagi. Tak per lah sambung kemudian ok. Biarlah aku teruskan menungan aku… mane lah tau tetiba muncul puteri yang akan bawa aku ke istananya… boleh gak jadi raja. Huhuhu.

Friday, February 6, 2009

Putri

1 Feb 2009

Shirin SMS “Putri the Indonesian gal of DMC5F met an accident, teruk. Please pi tengok dia kat Hosp Melaka… Please.’ First impression aku bila dapat SMS tu aku ingatkan kemalangan biasa. Then Fizi dapat SMS dari Ina menyatakan keadaan Putri 50-50. Terus kitorang yang bergegas pergi makan and hantar 3 dara pingitan balik kampus.

0030 2 Feb 2009 aku sampai di Hospital Melaka. Terus pergi ke kaunter pertanyaan. “Ada pesakit nama Ade Ellis Kurnia?” Kakak yang jaga kaunter tu cakap dia masih lagi di Zon Merah (Bahagian Kecemasan). Aku denngan Fizi terus bergegas. Tengok kat situ, En. Baharim dengan Tn. K tercongok. Famili Putri pun ada sekali (abang dia). Tanya punya tanya, katanya dia kemalangan kat highway area Bahau. Tiga orang dalam kereta dan dia yang paling teruk.

Tak lama kemudia Puan Noraini keluar. Kali ni dia berseorangan sebab husband balik Subang dengan anak-anak. Puan beritahu yang dia (Putri) kehilangan banyak darah sehinggakan doctor pun tak berani nak jamin sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Mukanya pun besar. Kemudian bersembang la dengan puan kejap. Mintak advice sikit apa yang patut.

Tak lama kemudian Dak Koket, Tipah, Anje dengan Ator pun dating. Si Koket cakap Tipah nampak ader kereta kemalangan kat highway tadi and tak sangka pulak tu kereta yang Putri naik. Then dia ceritalah keadaan kereta tu macam ner.

Yang aku kesiankan dekat family Putri. Tunggu dari tadi dia tak keluar lagi. Jam menunjukkan jam 3 pagi. Puan Noraini pun minta diri untuk balik. Kemudian aku dengan Fizi melilau kejap sekitar hospital, tengok signboard kat mana klinik gigi. Nak dijadikan cerita adalah pak cik dua orang tegur kami. “Cari apa dik?” Spontan si Fizi menjawab, “Cari toilet!” padahal sebenarnya bercadang nak naik level dua nak tengok dekat mana klinik gigi tu. Terus je lah pergi toilet setelah diberikan direction oleh pak cik itu tadi.

Dalam toilet. YA ALLAH! Macam ni ke toilet hospital? Aku dengan Fizi persoalan tentang kebersihan tandas hospital. Sepatutnya tandas hospital merupakan tandas paling bersih. Ini tak, sama jer dengan tandas awam. RnR lagi bersih. Habis berurusan di toilet, kami pergi balik ke Jabatan Kecemasan untuk mengundur diri. Lebih kurang 3.30 pagi rasanya.

************

1.30 petang. Danny ajak pergi jenguk Putri dekat hospital. Tapi boleh pulak masuk sebab tengah waktu rehat. Dah tu plan pulak 2.30 petang, tapi Shirin beritahu boleh masuk ICU pukul 4 nanti. Aku, Fizi, Danny and Hafiz sampai tepat jam 4 petang. Sampai di ICU... Danny dengan Hafiz masuk dulu, sebab hanya dua orang saja yang dibenarkan menggunakan satu pas. Beberapa minit kemudian, diorang keluar. "Teruknya Ali!!!" itulah yang terpacul dari mulut Danny. Aku ajak dia (Danny) masuk sebab Fizi tak ada, pergi klinik gigi. Tak berani aku nak pergi sorang-sorang. Tak lama lepas tu Fizi sampai, apa lagi... kami pun bergegas ke ICU. Sampai di pintu masuk ICU, perkara pertama yang dilakukan, SILENT PHONE. Lalu kami pun meneruskan langkah.'


Selangkah demi selangkah...

Mata merayau-rayau mencari di manakah Putri...

Ada yang nazak...

Ada yang bersama ahli keluarga...

Hanya Tuhan yang tahu kesakitan dan duka yang mereka lalui.


Tiba-tiba seorang jururawat bertanya; Cari siapa dik?

"Katil Ade Ellis Kurnia dekat mana ye kak???" spontan keluar dari mulut aku.

Dia pun merujuk pada whiteboard di penjuru wad. "Katil no. 1 dik."


Kami pun pergi selepas mengucapkan terima kasih. Sampai saja dikatil tersebut... Ya Allah!!! terlalu teruk. Lebih teruk dari apa yang aku bayangkan malam tadi. Aku ingatkan mukanya hanya mengalami bengkak biasa... tapi setelah melihat kedudukan sebenar aku insaf dengan apa yang berlaku. Walau ngeri untuk melihatnya tapi ku tatap jua atas dasar kemanusiaan dan persahabatan.


Dua kali aku menatap wajahnya yang teruk dengan begitu banyak jahitan dan luka serta darah yang masih keluar.

Akhirnya aku mengalah. Tak mampu untuk ku tatap wajahnya yang layu di situ. Aku terus menarik lengan Fizi dan terus berlalu dari situ, tapi sebelum tu sempat ku bertanya kepada doktor yang bertugas. Namun maklumat tak boleh diberikan melainkan kepada warisnya sahaja.

Semoga Allah memberkati dan merahmati Putri dan semoga dia cepat sembuh.

Monday, February 2, 2009

Trip to Langkawi... sambungan

25 Jan 09

Sekarang jam 0937. Baru habis sukaneka, tapi aku tak main pun sebab malas nak join. Semalam tak dapat nak sambung karangan sebab semalam agak busy dan memenatkan. Tak tau lah, nak kata sesak jadual tak juga sebab semalam aku keluar berjalan jam 5 petang. Lepas tu tinggalkan laptop kat bilik En. Wahid. Tu yang tak dapat nak buat apa-apa tu. Tapi semalam memang satu hari yang memenatkan.

Lepas buat khemah tu semua orang sibuk nak pergi jalan-jalan dan tinggallah beberapa yang tak dapat pergi sebab tak cukup kenderaan. Mana taknye van cuma dua yang pergi untuk trip meng-explore Pekan Kuah. Aku adalah antara mangsa yang tak dapat pergi untuk trip pertama... tapi still dapat pergi lah. Sebelum tu aku dan insan-insan malang tu berjalan-jalan ditepi pantai kemudian menyaksikan keagungan ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Mana taknya dengan batu di tepi pantai yang berlapis-lapis. Macam mana boleh jadi. Kalau ikut geografi tu semua adalah "gunung lipat" tapi aku tak dapat nak explain lebih sebab dah lame tinggalkan geografi.

Pekan Kuah:
Akhirnya tiba masa giliran kami meng-explore Pekan Kuah (hancur bahasa aku). Agak busy juga pekan tu, maklumlah tumpuan pelancong. Tapi semua kedai boleh kata jual benda yang sama. Biasalah bebas cukai. Cokelat, rokok, pinggan mangkuk. Tu je lah yang ada. Tapi ada sesuatu yang menarik. Penolong Ketua Projek suruh kami pulang jam 6 petang, tapi sebab kami dapat pergi dengan pas VIP (bersama En. Sahak) so balik la lambat dari yang dijadualkan. Tapi balik tu VIP kami tak balik sekali sebab dia beli pinggan mangkuk so dia baliklah dengan golongan VIP yang lain.

*****************************
1230 malam. Hari ni kami melancong sekitar Pulau Lagenda itu. Tapi malangnya aku menjadi driver semata-mata. Tak dapat nak berjalan menyelongkar tempat-tempat yang orang lain pergi. Masuk makam Mahsuri pun masuk sekali pusing jer... Orang lain siap sempat shopping lagi. Bermula di Makam Mahsuri tu ader la insiden yang tidak disengajakan. Jalan nak keluar tu naik bukit sikit, gear van tu problem sikit dah tu nak jalan tetiba terundur sikit. Korang paham tak aku tulis aper. Macam tulisan keling pun ada. Lantak la. Berbalik cerita tu tetiba ada orang menjerit kat belakang. Aku dah risau... nasib baik tak ada pape. Bila dah lepas satu lagi halangan. Bas pelancong tetiba menghalang jalan. Aku cuba menyelit tapi tak lepas ;( bergesel dengan bas jugak. Dah tu aku undur bagi orang belakang jalan dulu. Lepas tu aku cuba gak nasib baik lepas. Bengong punya driver bas. Dia tak ada dalam bas. Nasib lah bas dia calar. Ada aku kisah?
Tak nak cerita pasal tu lagi.
***************************
Petang kami meneruskan perjalanan ke tempat yang paling ditunggu-tunggu. Cable Car hahaha. Kat situ driver semua memang tak lepaskan peluang. Kami pun nak enjoy, mana boleh tak naik. Belum tentu lepas ni dapat naik lagi. Selepas membayar tiket dan berbaris panjang, akhirnya dapat menaiki gondola tersebut. Semua perempuan, aku sorang lelaki dan adalah sepasang kekasih ke laki-bini ke tak tau la yang aku tau dia student UIA dari Dubai. Tapi yang membuat aku berkecil hati apabila diaorang semua tak nak turun dari gondola. Semua tak berani. Aku teringin naik skybridge kat atas Gunung Machincang tu. Sampai kat bawah, si Fadhil boleh perli aku. "Nasib baik Ali tak naik atas, kalau tak kena jaga dia saja. Ya la terbang kena tiup angin." Sabar jer lah aku dengan dia. Nak balik dari kawasan Cable Car, punyalah lama menunggu van yang telah bertukar driver. Penat sampai tak larat nak buat paper dah. Rasa nak tidur jer. Orang lain dah shopping kat Pekan Kuah tapi kitorang kat Cable Car lagi. Bestnya jalan nak ke kawasan tu melalui bukit, so jalan berpusing-pusing. Berbalik kepada driver yang gantikan kitorang tu, dua driver ni boleh sesat sampai dekat airport. Nasib baik dia tak jadi driver dari awal kalau tak memang tak sampai la.
Setakat ni jer... Aku akan continue lagi. Penat den monaip.

Saturday, January 31, 2009

Trip to Langkawi... HOLIDAY hahaha

23 Jan 09

Sekarang aku berada di Highway Dengkil. Dalam perjalanan ker Langkawi. Sebenarnya time nak gerak tadi aku tak ada mood langsung, atas satu insiden yang jadi di setor. Tak perlulah diberitahu insiden apa sebab benda tu agak memalukan dan member kecederaan kepada aku. Walaupun tak teruk tapi agak menyakitkan sebenarnya.

Bermula dengan aku hantar Reza ke Unit, kemudian aku bergegas ke pos pengawal untuk meninggalkan kamera aku, sebab Masing nak guna. Tapi malangnya Pak Guard tak nak simpankan. Then aku call Encik Nasa so senang Masing nak amik. Tapi En. Nasa pulak tak ada dekat rumah. So aku call Benny untuk tinggalkan camera tu dekat dia. Sebelum tu aku try call Cindai. Banyak kali juga aku call tapi dia tak angkat. Bila dia jawab dia dah dekat rumah. So aku terpaksa mengambil keputusan untuk tinggalkan pada Benny.

Berbalik kepada cerita aku tak der mood. Ianya bermula lepas insiden yang memalukan tu bila tiba-tiba aku rasa darah macam tak ada dalam badan. Rasa macam nak pengsan pun ada. Tapi aku kuatkan diri dan cuba bertahan. Kemudian aku dengan Reza tolong En. Sahak uruskan khemah, tapi malangnya aku dapat panggilan yang menyentap semua usaha aku untuk mendapatkan semangat aku balik. “Kau dekat mana? Semua orang dah ada ni.” Dengan intonasi yang agak tinggi seperti memarahi aku pun ada. Bermula dari situlah mood aku terus hilang. Dah la semua orang dah berkumpul. Aku pula barang pun tak angkut turun dari bilik lagi. Bertambah la tension aku. Kemudian aku luahkan lah apa yang aku rasa tu pada Reza.

Tapi Reza dah salah faham sebenarnya. Sebab masa aku buah luahan perasaan pada dia aku terlalu beremosi sebenarnya. Sehinggakan dia menyatakan, “Orang atasan, biasalah!” Dalam hati aku mengiyakan apa yang dia katakan tapi bila difikirkan balik, aku seperti telah menanamkan satu perasaan yang salah terhadap orang atasan kepada Reza. Tak apa lah. Biarlah dia berfikiran demikian, mungkin dia masih belum faham. Satu hari nanti bila dia berada di atas dia akan merasa apa yang orang atasan rasa.

Naik bas saja aku terus dia. Tak berkata apa. Just sumbat earphone dan mendengar MP3 aku. Orang lain terus gurau senda bergelak tawa, tapi aku tetap dengan diri aku sendiri. Dalam bas aku sms Shark supaya asingkan aku. Aku nak nak terlibat dengan aktiviti. Biarlah aku bantu En. Sahak saja. Then aku bayar RM50 pada Zarina. Sampai di RnR seremoan semua yang perasan tanya kenapa dengan aku???

Aku marah pada diorang ker??? Then aku explain balik dengan Shark. Nasib baik dia Faham. Aku beritahu juga pada si Biru tentang insiden yang memalukan tu. Sebelum bas memulakan perjalanan dari RnR Seremban, aku dapat la mood sikit sebab diorang buat lawak yang memang memecahkan perut dan memaksa aku gelak. Sehinggalah aku mengarang semua ini.

Sekarang aku menghala ke Ipoh. Aku rasa setakat ni je dulu nukilan aku. Nanti aku sambung lagi…

24 Jan 09

3.54 pagi berdasarkan jam di handphone aku. Kini berada di RnR yang aku sendiri tak tahu kat mana tempatnya. Menurut budak manja “nak susu!” kami kini berada di Semanggol. Aku yang tak tahu ni mengiyakan saja. Kaki aku pula semakin sakit tapi aku tetap cuba bertahan.

Tapi sesuatu yang tidak disangka… aku jumpa classmate lama aku Azie… Fazliana binti Ngali. Itu nama dia. Kalau tak kerana dia tegur aku tadi mungkin aku tak perasan sebab dia dah lain, tembam dan chubby. Dan aku pula mengambil masa yang lama untuk mengenali siapakah insan yang memanggil namaku ini. Sekali aku nampak mak dia baru aku ingat itu dia. Nasib baik aku kenal mak dia. Kalau tak mungkin aku akan bertanya “Siapa ya?” Sebab aku jenis yang lupa muka orang. Orang je ingat kat aku.

Yang lagi mengejutkan aku… dia pun akan ke Langkawi. Sampai kat atas bas aku teks kat dia, “Nanti kat sana boleh belanja aku cokelat banyak-banyak.” Sekarang bas sedang meneruskan perjalanan. Signal pencawang Celcom yang masuk ke handphone aku Bukit Merah. Bas lagi satu tengah stop kat RnR sebab diorang lambat sampai. Sebenarnya ada cerita di sebalik bas ni…

Masa aku tengah menyembang dengan Azie tadi ada bas UiTM masuk. Aku ingatkan bas Melaka, sekali bas Pahang da… Time bas Pahang berhenti, si Burn and kontijennya boleh pula naik bas tu dengan malunya. Then bila naik bas Melaka tergelak-gelak tapi sebenarnya malu. Lepas tu buat bahan gelak. Lepas tu driver yang ber-title Pak Aji mula membebel sebab lambat. Dan dia memulakan ceramahnya.

Stop dulu coretan ni… nanti aku sambung sebab aku tak tau nak isi apa. Gelap satu hal, driver matikan lampu tapi budak-budak ni masih mampu bergelak. Huhuhu.

*******************************************

Jam menunjukkan 10.22 pagi. Kini aku berada di Beringin Beach Resort, Langkawi. Kitorang naik feri around 6.45 in the morning then sampai ke Pulau Lagenda lebih kurang sejam. Dan sekali lagi aku tak ada mood dalam feri tu dan tak tahu kenapa. Lantaklah janji aku buat apa yang aku suka.

Setibanya di Jeti Kuah, Azie teks aku, dah sampai ke belum and stay kat maner. Aku explain in short then tanya dia balik. Dia pun tak sure lagi. Aku dan yang lain meneruskan langkah ke entrance untuk menunggu van yang telah disewa. Agak lama jugalah. Then aku pergi 7 Eleven kejap untuk beli makanan, tapi time tu la van nak sampai. Menggedik betul. Tadi tak nak sampai. Lepas tu oder tiga van yang dating baru 2. Angin betul, ni nak bagi servis ke tak nak?

Aku pun menunggu lah lagi. Trip kedua yang dipandu Burn sampai membawa mereka-mereka yang tertinggal di entrance menuju ke lokasi yang ditetapkan. Agak bosan menunggu En. Helmy tapi tak dapat dielakkan sebab masa tu memang sesak jalan dengan pelancong dan penghuni pulau yang ingin ke tanah Semenanjung.

Tak lama kemudian, En. Helmy sampai. Dan selang beberapa kereta di belakang van yang dibawa oleh si Fizi. Tapi malangnya si Fizi ni tak tau kenapa menggelabah nak parker. Apa lagi bergesel lah dengan van lain, lepas tu menjawab dengan pemilik van tu. Tu la menggelabah sangat bawak van lagi. Sesampai di resort, aku trip kedua last, tengok diorang dah order air. Aku mencari pura sebab makanan aku ada dekat dia. Dan apa lagi, aku makan apa yang aku dah beli. Malas aku nak membazir duit, dah la duit tak ada.

Lepas tu lepak kejap dengan budak-budak tu dengar Kucap bercerita. Apa yang melucukan bila Kucap masuk toilet perempuan sebab toilet lelaki berkunci. Dia pun redah jer lah tapi mintak si Fazly jaga kat luar. Tapi si Fazly ni pulak bergayut. Apa lagi, budak-budak perempuan masuk toilet, Kucap time tu ada. Tapi dengar jer lah apa yang diorang cerita. Bila Nik nampak semua menjerit. Nak buat macam mana, nak buang hajat tak ada tempat, tinggal satu je la yang available.

Tuesday, January 20, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

20 Januari 1988. Itulah tarikh dimana aku dilahirkan tapi tak tahu pukul berapa yang penting aku lahir dengan selamat di Hospital Sandakan. Masa tu bapak aku bertugas dekat sana sebab tulah aku lahir kat sana.

Bercakap pasal hari lahir, setengah orang mungkin seronok, bahagia dan seumpamanya. Mungkin ada juga yang bersedih. Pada aku 20 Januari sama seperti hari-hari lain. There have nothing special about the day. Just because I was born on the day. Just that.

Kadang kenangkan balik, seingat aku, tak pernah pun celebrate birthday. Tak kiralah dengan family ke dengan member ker or even dengan girlfriend. Tapi tak tahulah masa kecik-kecik dulu sebab dulu my mak cik suka belikan kek. Time tu aku around 3 or 4. Or maybe 2 years old.

Salah satu faktor aku tak merasa semua benda tu adalah sebab aku duduk kampung. Mungkin alasan ni akan ada orang cakap tak boleh diterima pakai, tapi itulah alasan yang aku boleh berikan. Sebabnya, banyak benda lain yang boleh diingat daripada ingatkan birthday. Antara aku dengan adik beradik even dalam family, tak pernah main wish birthday. Sebab itu aku tak kisah sangat pasal birthday.

Malam tadi first person yang wish aku is my… tak nak beritahu siapa, korang carilah sendiri. Kalau dia tak wish mungkin aku tak tahu hari ni birthday aku. Then barulah bertalu-talu phone aku ditembak dengan sms. Happy Birthday Ali… itulah antara ayat yang diucapkan. Seperti yang ku katakana tadi, aku layan macam tak de perasaan even say thank you.

Sampaikan adalah orang ni yang marah aku sebab tak say thank you bila kena wish. Sorry my friends, diri ini masih tak biasa dengan ucapan-ucapan sedemikian.

Well…

HAPPY 21st BIRTHDAY TO ME….

Monday, January 19, 2009

Akhirnya

Entry yang aku rasa paling best untuk tahun ini... Sebabnya benda ni masih fresh.

Akhirnya, Meet Uncle Hussein diiktiraf sebagai Juara Lagu ke-23 malam tadi. Kenapa aku menyatakan begini, sebab 2 tahun berturut-turut indie band menang dalam Anugerah Juara Lagu. Dan aku pula beruntung sebab dapat tengok live dekat Stadium Putra Bukit Jalil. At least adalah pengalaman tengok live show and rasanya macam mana. Walaupun malam sebelum live tu aku dah tengok full-dress rehersle (lantak la eja macam ner). Ada yang kata rehersle and live show is the same thing. Tapi aku rasa tak sebab ada gimik yang tak ditonjolkan time rehersle.

Hari ahad tu aku and classmate sampai ke Bukit Jalil hampir pukul 6 petang gak la. But time tu Hot FM tengah buat siaran luar and ada competition sikit la. Peserta kena menyanyi lagu-lagu finalis AJL. Aku dengar dari jauh boleh la tahan suara-suara diorang tu. Nasib baik tak dengar suara yang hancur. Malas nak dengar siaran luar tu sebab bukan dengar pun suara DJ tu, kalau tak silap time tu Suraya on duty.

Lepas tu kitorang pergi la makan kat kafeteria Kompleks Sukan tu. Tapi Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu servisnya macam mana. Lambat nak mampos. Indon pulak tu yang kerja. Order nasi ayam pun setengah jam siap. Aku geram aku pergi dekat gerai dia amik sendiri. Lepas tu bayar sekali. Untuk dua set nasi ayam beserta air yang diambil sendiri dikenakan RM10. Aku malas nak fikir panjang aku terus bayar jer. Sebab dah sakit hati, malas nak gaduh. Walaupun orang lain makan set yang sama, gerai yang sama dengan harga yang murah.

Habis makan aku & the geng terus la menuju ke pintu Aras 4 dimana kami semua ditempatkan. orang ramai berpusu-pusu and berebut nak masuk walaupun pintu masuk belum dibuka lagi. Ada gak yang cilok terus. Aku pula tak berani cilok, menyelit la kat crowd tu jer. Itulah pengalaman pertama bersesak nak masuk live show. Aku rasa nak tengok perlawanan bola pun tak sesak macam tu. Apabila menghampiri pintu masuk mulalah terjadinya adegan tolak menolak dan terdengarlah jeritan kesakitan penonton.

Dah masuk arena tu geng-geng aku mencari seat line depan sekali. Dan akhirnya acara bermula. Lecturer aku (yg juga bekas staff Media Prima) menyatakan budget AJL kali ni adalah yang terbesar. Tapi tak tahu la apa yang menyebabkan budget dia tinggi. Mungkin sebab Loreal tak taja lagi kot. Tapi kalau nak dibandingkan live show and rehersle, live show bahang dia memang lain. Dengan crowd dia yang bersorak.

Itu semua tak penting, apa yang penting apabila Meet Uncle Hussein diumum sebagai pemenang Juala Lagu ke-23. Ramai yang menyangka Faizal Tahir akan memegang trofi Juara Lagu sebab dia menang 3; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada. Tapi aku agak terkilan sebenarnya sebab Ziana Zain tak menang Vokal Terbaik. Mungkin sebab suara dia agak tenggelam. Mungkin bukan rezeki dia.

Aku pulak memang peminat Meet Uncle Hussein tapi bukan yang fanatik la. At least kemenangan Meet Uncle Hussein dapat membuka mata banyak pihak bahawa band dan muzik indie mampu mendapat tempat dalam industri muzik tanah air. Masa Meet Uncle Hussein buat persembahan sebenarnya PA system kat arena tu humming. Tak tau kat mana silapnya. Yang lepas tu biarlah berlalu, yang penting juara telah pun diumum. Semoga tiada kontroversi yang akan timbul.

Tuesday, January 13, 2009

HISTERIA 2

Malam tu memang agak kalut juga lah kitorang... sebab boleh kata semua yang merasa tu first time tengok benda ni secara live. Dan apa yang menggelikan hati, kepada sesiapa yang mengenali siapa itu Tuan K, ni sedikit dialog makhluk tu. Tuan K minta dia keluar dari badan si kurus ni (mangsa dalam masjid) lepas tu makhluk ni boleh jawab. "Aku nak yang handsome, aku tak nak kau... Kau tak handsome, aku nak yang tegap!" lebih kurang begitulah dialog dia.

Kalau aku nak ingat balik apa yang dia cakap seketul-seketul memang aku tak ingat. Setelah selesai si kurus ni... dah ok la maksudnya, bapak dgn mak dia pun sampai... Apa lagi menangis terus la ketakutan. Tapi mak si kurus ni aku panggil dia puan, kata Tuan K mungkin ada saka tapi puan tak tau. Entahlah aku pun tak nak amik tau sangat benda ni... tapi tak leh juga kalau tak amik tau.

Dan insiden ini merlarutan sampai aku kesian tengok si gemuk (mangsa kedua) dengan si kurus ni. Mana tak nya... pada keesokan harinya, dia orang kena lagi pada jam 5.30 petang. Kalau ikutkan pada petang tersebut aku akan pergi ke Festival Filem Pendek kat UPM tapi sebab benda ni dah jadi, so aku tak jadi la nak pergi festival tu. Tapi insiden petang tu puan tak dapat datang sebab puan ada dekat Muar, so atok n nenek si kecik ni la yang datang. Nasib baik tak ada apa-apa yang jadi pada sebelah malam pulak. Aku bersyukur sangat.

Tapi esoknya benda tu jadi lagi sebelah petang. Waktu tu kat parkir NR si kurus ni kena lagi... kitorang try bawak pergi masjid tapi dia tersekat kat tasik sebab yang jaga tasik tu tak bagi dia lalu.
bersambung...

Monday, January 12, 2009

Histeria

Melihat pada tajuk entry pertama tahun 2009 ni, bukan nak cerita pasal filem Histeria tapi pengalaman pertama aku menangani budak histeria. Benda ni terjadi apabila hutan belakang kampus telah di tarah untuk pembangunan sempena RMK-9.


Nak dijadikan cerita, biasalah kalau kawasan hutan sudah tentu tempat tu perkampungan makhluk-makhluk halus ni tinggal. Jumaat malam hari tu aku and budak-budak komander pergi padang kawad untuk sesi minggu suai kenal antara komander la... Dan malam tu ada bacaan Yasin untuk memohon kebenaran merobohkan surau dekat padang kawad tu.
Nak dijadikan cerita kitorang ni balik lambat lepas function tu abis tapi tak terlalu lewat la, dalam pukul 11 lebih menghampiri 11.30 malam. Lepas tu kitorang pergi la ke masjid. Dekat masjid la terjadinya insiden histeria ni...
Mulanya kitorang ingat dia pengsan sebab kena mandi untuk upacara pentauliahan, sekali rupanya "benda" tu dah masuk la ke dalam badan dua orang, seorang berbadan kurus. Aku handle yang budak perempuan yang kurus ni n member aku handle yang berbadan besar dekat luar.
Aku apa lagi menggunakan petua orang dulu-dulu memicit ibu jari kaki budak perempuan tu, dan member aku sorang azan kat telinga budak ni. Lepas tu dia pun meraung la tak tentu pasal. Dan mula lah aku mendengar suara makhluk tu, dan itulah pertama kali aku mendengar suara makhluk tu...
Disebabkan kitorang ni tak ada kepakaran yang mendalam dalam ilmu menghalau makhluk-makhluk halus ni... kami pun panggil la orang yang lebih pakar... nak tau siapa??? Tuan K. Pelik??? Tapi dialah yang membantu kitorang malam tu.
Bersambung...