Sunday, May 24, 2009

Disebalik "Syurga Cinta"

Malam tadi...
Demi menghilangkan kebosanan...
Aku dan housemate aku dan juga member aku pergilah menonton "Syurga Cinta". Karya terbaru Ahmad Idham yang producer-nye David Teo (sorry kalau salah eja)

Mungkin ada yang kata cerita tu jiwang... untuk orang-orang yg romantis boleh la layan. Tapi pada aku, cerita semua universal. Even yang 18SX. Motif producer selain membuat duit adalah menyampaikan mesej dalam jalan ceritanya.

Kelakar, tapi penuh makna mendalam. Itulah yang aku dapat simpulkan. Sesiapa yang dah tengok boleh komen antara setuju atau tidak apa yang akan aku coretkan sebentar lagi.

Antara sedar atau tidak, disebalik apa yang dipaparkan dalam cerita tersebut ada "benda lain" yang dipaparkan. Scene Heliza muncul secara tetiba di belakang kereta Awal dekat tepi highway tu pun menyeramkan gak (agak terkejut gak tengok walaupun sebelum tu tergelak terbahak-bahak).

Since aku ni student MassComm yang dah pegang kamera production, selain tengok cara dia main dengan angle camera tu, aku tengok gak mesej disebalik mesej. Itulah yang nak aku beritahu.

"benda lain" yang aku maksudkan adalah:
1) Kejahilan orang zaman sekarang berkenaan ilmu-ilmu agama dan budaya timur. (itu yang nampak)
2) Kehancuran ANAK MELAYU berdansa di club, bercampur antara lelaki dan perempuan. (ini yang orang selalu tak nampak)
3) Harta duniawi yang mengaburi amalan ukhrawi. (ini yang ditayangkan)
4) Mempersendakan agama hingga dah nak mati baru bertaubat dan bermain dengan syurga dan neraka Allah. Tapi scene ni orang boleh gelak-gelak. (ini yang ditafsirkan oleh penonton: lawak. Bukannya nak amik serius benda ni)

Itu lah yg boleh aku simpulkan. Dan apa yang menarik minat aku bila diketengahkan TIGA KATEGORI CINTA:
1) Cinta yang datang daripada syaitan.
2) Cinta yang datang daripada jin.
3) Cinta yang datang daripada Allah S.W.T

Tapi cerita tu memang best. Kelakar dengan watak Haziq. Tak sangka dia pandai bawak watak tu...

Apa yang lagi penting dia balance-kan cerita tu. Itu yang menarik. Menayangkan dua dunia yang berbeza. Satu jalan ke syurga. Satu jalan ke neraka. Sesiapa yang tak sedar mungkin dia akan tergelak hingga ke luar panggung. Tapi sesiapa yang nampak mesej yang cuba disampaikan, mungkin akan tersentap seketika. :-)

Kepada yang belum menonton, silakan tonton "Syurga Cinta". Jangan tengok pada jalan cerita saja, tetapi disebalik jalan cerita.

Yang aku tak sabar nak tengok "Jangan Pandang Belakang Congkak". Tengok dia punye preview pun dah kelajar. Lagi-lagi bila tengok toyol naik motor.

Selamat Menonton.

4 comments:

hans said...

I tak layan cerita Melayu...hahaha(ayat xleh blah)

aku xtengok lagi..buka sem lah tgok..mesti ada orang copy..haha

Budak Handsome said...

kena tengok... best GILA

tapi jangan la sampai jadi gila

e-zul Iswhat said...

heliza... kalau aku tgk citer ni. aku mmg tgk dia ja.. jalan cite susa nk fokus hehe.

his name is padin said...

nk tgk, tp x bkesemptn lg.. huhu