Friday, February 27, 2009

TENSIONNNN....

26 Mac 2009...

Aku bangun pagi pada jam 10.00 pagi, itu pun setelah dikejutkan oleh benjol. Huwa hahaha... Makanya aku terlepas kelas Audio video. Padahal pagi tadi ader presentation storyboard. Tapi disebabkan malam tadi study dengan begitu khusyuk sekali untuk subjek ETR, aku tidur jam 4.00 pagi.

Roommate aku pun satu hal, bukan nak kejutkan aku. Sengal dua orang tu. Setelah sekian lama tak tidur lambat, ni la pertama kali aku tidur lambar untuk sem ni. Sebelum ni aku tidur lambar sebab temankan senior buat work, tapi sekarang senior dah tak der aku pun tidur awal.

Dah la malam ader test ETR, aku baca pun ala kadar jer. Macam malas nak amik port, rasa malas nak belajar pun ada. Tapi aku tak nak sia-siakan hidup kat kampus. Biarlah sengsara sekarang.

Tapi yang lagi menyakitkan hati apabila program aku yang sepatutnya memerlukan kekuatan peserta seramai 80 orang dikurangkan oleh pihak pentadbiran kepada 40 orang. Mana nak best. peruntukan memang untuk 80 orang, tapi lulus untuk 40 orang jer... Aku pun yang time tu tengah study ETR terus tinggalkan buku, dan melaksanakan langkah drastik untuk counter balik problem yang datang tiba-tiba.

Aku cuba berhubung dengan pihak pentadbiran petangnya, hingga sanggup skip kelas petang semata-mata nak settle-kan benda ni. Tapi still tak settle sebab insan yang bertanggungjawab meeting. So aku sms dia aku nak jumpa lepas dia habis meeting.

Ok. Itulah jawapan yang aku terima. Tapi setelah sekian lama aku menunggu di hadapan ofis. Satu per satu staff keluar untuk pulang ke rumah. Sebab, office hour dah habis.

TENSION!!! Aku dah janji nak jumpa dia tapi PA dia dah tutup ofis, so aku pun apa lagi. Malas nak fikir panjang aku pun melangkahkan kaki meniti sisa-sisa ke-tension-nan aku.

Wah! Bombastiknyer ayat. Nak kalahkan Akhadiyat Akashah.

Petang tu lagilah tension sebab tak habis study lagi.

Akhirnya aku dapat mengawal stress yang melanda diri ni. Huhuhu. Aku rasa betul kata Madam Wan... ramai orang media meninggal sebab stress... so dari sekarang kena belajar macam mana nak control stress. Cara yang mudah adalah:

1. Duduk diam-diam; jangan fikir apa-apa.
2. Tarik nafas, keluarkan dari mulut.
* Cuba buat berulang kali. Kemudian teruskan pekerjaan yang sedang dilakukan dengan tenang. Jangan terlalu tertekan.

Itulah tips untuk control stress. Keputusannya anda dapat kawal stress dan dapat belajar dengan tenang.

Wednesday, February 25, 2009

Masalah-Masalah-Masalah

Malam 23hb Februari 2009, merupakan malam yang paling mencabar untuk diri ini. Terpaksa menebalkan muka meminta pertolongan daripada semua orang tanpa rasa malu dan segan semata-mata untuk mendapatkan RM900 dalam masa satu malam.

Lebih kurang jam 9 malam, seorang insan yang telah banyak berkorban untuk group aku akhirnya membuat panggilan. Menginginkan pertolongan dan merayu supaya dapat membantu pada malam itu juga.

Aku sebagai orang tengah yang telah menemukan group aku dengan insan berhati besar ini berusaha sedaya upaya. Call orang tu, orang ni. Semata-mata… untuk mendapatkan wang tersebut dalam satu malam. Group member yang mendapat berita yang boleh dikatakan dukacita itu bertungkus-lumus mengeluarkan kerak-kerak duit yang masih ada di akaun masing-masing.

Aku pula masih mencuba mencari “ah-long” yang sudi membantuku malam tu. Tatkala semua group member terkejut dengan informasi yang aku maklumkan, aku buntu dan gelisah. “Dekat mana nak cekau RM900 dalam satu malam?!!” hati kecil ini menjerit.

Hello encik, boleh minta tolong tak?
Tolong apa?
Nak pinjam duit!
Berapa banyak?
900!!!
Mana saya ada duit banyak tu malam ni. Kalau esok boleh la..
Tak ada ya encik.. kalau macam tu tak per la encik. Terima kasih.

Tiga panggilan aku buat untuk meminta tolong… Akhirnya aku membuat keputusan, call group member aku tanya berapa ramai yang boleh keluarkan duit. Setelah dihitung, akhirnya enam orang member boleh mengeluarkan duit. RM90 seorang.

Tanpa diduga, rahmat Allah datang, seorang insan yang aku buat panggilan sebelum ni call aku semula.

Ali saya ada rm300 saja, kalau nak pinjam, itu saja yang saya boleh beri.

Aku pun menjawab: boleh encik, lagi pun group member saya dah dapat RM540, jadi kalau encik nak bagi pinjam duit tu dah cukup la.

Bila nak ambik duit.

Nanti saya datang rumah encik.

Aku tanpa membuang masa terus bergerak ke rumah insan yang baik hati itu.
Terima kasih encik, saya janji hari Rabu saya pulangkan. Terima kasih banyak-banyak encik.

Akhirnya aku dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu diri setelah sekian lama.

Tuesday, February 17, 2009

TAKZIAH

Ade Ellis Kurnia Prasanti Putri...

Mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 1 Februari 2009.

Berdaftar dengan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka lebih kurang jam 7.30 malam dan berada di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama selama dua minggu.

Mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian muka. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa pada otak mangsa.

Namun, Allah lebih menyayangi Putri yang telah dijemput dengan selamat pada jam 10.00.

Namun apa yang menyedihkan, jenazah yang telah pergi pada sebelah malam masih tidak dapat diuruskan di sebelah pagi kerana perlu menunggu surat dari Kedutaan Indonesia.

Mengapa perkara ini boleh terjadi. Hospital tidak dapat menguruskan kerana perkara yang mudah.

Kesian aku bila mendengar apa yang berlaku

Saturday, February 14, 2009

????

Bosannya blog aku sekarang???

Ader idea tak... sebab aku rasa blog aku terlalu kosong.

Kalau ada, just leave a comment.

TQ

Sunday, February 8, 2009

7 Feb 2009.

Jam menunjukkan 9.30 malam. Aku termenung di tangga jejantas Melaka Sentral kesorangan. Menanti,
merenung
dan memikirkan sesuatu yang aku rasa… emmm tak tahu nak cakap mcm maner. Mungkin ada yang terfikir, apa yang aku buat malam-malam dekat pusat Bandar sorang-sorang? Gila ker??? Tabiat ama datang kembali… ada kalanya aku rasa aku selesa berada sorang diri, merenung tanpa arah tujuan dan berjalan tak tentu hala.

Sempat juga merakam gambar sendiri di sini, walaupun hanya menggunakan camera laptop yang tak seberapa ini. Mata-mata dari kereta merenung. Lantaklah, aku punya hal orang lain nak sibuk buat aper? Janji aku happy. Padahal tengah tunggu seseorang yang entah bila akan muncul. Janji pukul 8 nak amik kat MC tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung.

Bagi melepaskan kebosanan setelah berjalan-jalan di TESCO dan makan sushi yang selama ini aku idamkan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencoret. Nasib baik bawak laptop. Kalau tak, tak tau nak tulis atas apa dan guna apa. Mungkin terpaksa menggunakan air liur dan mencoret di atas batu tangga ini.

Takut gak manalah tau ada yang nak culik aku ker, nak buat apa-apa yang tak elok ker… Walaupun tempat ni bising dengan hiruk pikuk Bandar Melaka tapi… mintak-mintak tak ada apa yang jadi pada diri ini. Ya Allah bantulah hambaMu ini… semoga dijauhkan dari sebarang mala petaka yang tidak diingini.

Tak tahu apa nak dicoretkan lagi. Tak per lah sambung kemudian ok. Biarlah aku teruskan menungan aku… mane lah tau tetiba muncul puteri yang akan bawa aku ke istananya… boleh gak jadi raja. Huhuhu.

Friday, February 6, 2009

Putri

1 Feb 2009

Shirin SMS “Putri the Indonesian gal of DMC5F met an accident, teruk. Please pi tengok dia kat Hosp Melaka… Please.’ First impression aku bila dapat SMS tu aku ingatkan kemalangan biasa. Then Fizi dapat SMS dari Ina menyatakan keadaan Putri 50-50. Terus kitorang yang bergegas pergi makan and hantar 3 dara pingitan balik kampus.

0030 2 Feb 2009 aku sampai di Hospital Melaka. Terus pergi ke kaunter pertanyaan. “Ada pesakit nama Ade Ellis Kurnia?” Kakak yang jaga kaunter tu cakap dia masih lagi di Zon Merah (Bahagian Kecemasan). Aku denngan Fizi terus bergegas. Tengok kat situ, En. Baharim dengan Tn. K tercongok. Famili Putri pun ada sekali (abang dia). Tanya punya tanya, katanya dia kemalangan kat highway area Bahau. Tiga orang dalam kereta dan dia yang paling teruk.

Tak lama kemudia Puan Noraini keluar. Kali ni dia berseorangan sebab husband balik Subang dengan anak-anak. Puan beritahu yang dia (Putri) kehilangan banyak darah sehinggakan doctor pun tak berani nak jamin sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Mukanya pun besar. Kemudian bersembang la dengan puan kejap. Mintak advice sikit apa yang patut.

Tak lama kemudian Dak Koket, Tipah, Anje dengan Ator pun dating. Si Koket cakap Tipah nampak ader kereta kemalangan kat highway tadi and tak sangka pulak tu kereta yang Putri naik. Then dia ceritalah keadaan kereta tu macam ner.

Yang aku kesiankan dekat family Putri. Tunggu dari tadi dia tak keluar lagi. Jam menunjukkan jam 3 pagi. Puan Noraini pun minta diri untuk balik. Kemudian aku dengan Fizi melilau kejap sekitar hospital, tengok signboard kat mana klinik gigi. Nak dijadikan cerita adalah pak cik dua orang tegur kami. “Cari apa dik?” Spontan si Fizi menjawab, “Cari toilet!” padahal sebenarnya bercadang nak naik level dua nak tengok dekat mana klinik gigi tu. Terus je lah pergi toilet setelah diberikan direction oleh pak cik itu tadi.

Dalam toilet. YA ALLAH! Macam ni ke toilet hospital? Aku dengan Fizi persoalan tentang kebersihan tandas hospital. Sepatutnya tandas hospital merupakan tandas paling bersih. Ini tak, sama jer dengan tandas awam. RnR lagi bersih. Habis berurusan di toilet, kami pergi balik ke Jabatan Kecemasan untuk mengundur diri. Lebih kurang 3.30 pagi rasanya.

************

1.30 petang. Danny ajak pergi jenguk Putri dekat hospital. Tapi boleh pulak masuk sebab tengah waktu rehat. Dah tu plan pulak 2.30 petang, tapi Shirin beritahu boleh masuk ICU pukul 4 nanti. Aku, Fizi, Danny and Hafiz sampai tepat jam 4 petang. Sampai di ICU... Danny dengan Hafiz masuk dulu, sebab hanya dua orang saja yang dibenarkan menggunakan satu pas. Beberapa minit kemudian, diorang keluar. "Teruknya Ali!!!" itulah yang terpacul dari mulut Danny. Aku ajak dia (Danny) masuk sebab Fizi tak ada, pergi klinik gigi. Tak berani aku nak pergi sorang-sorang. Tak lama lepas tu Fizi sampai, apa lagi... kami pun bergegas ke ICU. Sampai di pintu masuk ICU, perkara pertama yang dilakukan, SILENT PHONE. Lalu kami pun meneruskan langkah.'


Selangkah demi selangkah...

Mata merayau-rayau mencari di manakah Putri...

Ada yang nazak...

Ada yang bersama ahli keluarga...

Hanya Tuhan yang tahu kesakitan dan duka yang mereka lalui.


Tiba-tiba seorang jururawat bertanya; Cari siapa dik?

"Katil Ade Ellis Kurnia dekat mana ye kak???" spontan keluar dari mulut aku.

Dia pun merujuk pada whiteboard di penjuru wad. "Katil no. 1 dik."


Kami pun pergi selepas mengucapkan terima kasih. Sampai saja dikatil tersebut... Ya Allah!!! terlalu teruk. Lebih teruk dari apa yang aku bayangkan malam tadi. Aku ingatkan mukanya hanya mengalami bengkak biasa... tapi setelah melihat kedudukan sebenar aku insaf dengan apa yang berlaku. Walau ngeri untuk melihatnya tapi ku tatap jua atas dasar kemanusiaan dan persahabatan.


Dua kali aku menatap wajahnya yang teruk dengan begitu banyak jahitan dan luka serta darah yang masih keluar.

Akhirnya aku mengalah. Tak mampu untuk ku tatap wajahnya yang layu di situ. Aku terus menarik lengan Fizi dan terus berlalu dari situ, tapi sebelum tu sempat ku bertanya kepada doktor yang bertugas. Namun maklumat tak boleh diberikan melainkan kepada warisnya sahaja.

Semoga Allah memberkati dan merahmati Putri dan semoga dia cepat sembuh.

Monday, February 2, 2009

Trip to Langkawi... sambungan

25 Jan 09

Sekarang jam 0937. Baru habis sukaneka, tapi aku tak main pun sebab malas nak join. Semalam tak dapat nak sambung karangan sebab semalam agak busy dan memenatkan. Tak tau lah, nak kata sesak jadual tak juga sebab semalam aku keluar berjalan jam 5 petang. Lepas tu tinggalkan laptop kat bilik En. Wahid. Tu yang tak dapat nak buat apa-apa tu. Tapi semalam memang satu hari yang memenatkan.

Lepas buat khemah tu semua orang sibuk nak pergi jalan-jalan dan tinggallah beberapa yang tak dapat pergi sebab tak cukup kenderaan. Mana taknye van cuma dua yang pergi untuk trip meng-explore Pekan Kuah. Aku adalah antara mangsa yang tak dapat pergi untuk trip pertama... tapi still dapat pergi lah. Sebelum tu aku dan insan-insan malang tu berjalan-jalan ditepi pantai kemudian menyaksikan keagungan ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Mana taknya dengan batu di tepi pantai yang berlapis-lapis. Macam mana boleh jadi. Kalau ikut geografi tu semua adalah "gunung lipat" tapi aku tak dapat nak explain lebih sebab dah lame tinggalkan geografi.

Pekan Kuah:
Akhirnya tiba masa giliran kami meng-explore Pekan Kuah (hancur bahasa aku). Agak busy juga pekan tu, maklumlah tumpuan pelancong. Tapi semua kedai boleh kata jual benda yang sama. Biasalah bebas cukai. Cokelat, rokok, pinggan mangkuk. Tu je lah yang ada. Tapi ada sesuatu yang menarik. Penolong Ketua Projek suruh kami pulang jam 6 petang, tapi sebab kami dapat pergi dengan pas VIP (bersama En. Sahak) so balik la lambat dari yang dijadualkan. Tapi balik tu VIP kami tak balik sekali sebab dia beli pinggan mangkuk so dia baliklah dengan golongan VIP yang lain.

*****************************
1230 malam. Hari ni kami melancong sekitar Pulau Lagenda itu. Tapi malangnya aku menjadi driver semata-mata. Tak dapat nak berjalan menyelongkar tempat-tempat yang orang lain pergi. Masuk makam Mahsuri pun masuk sekali pusing jer... Orang lain siap sempat shopping lagi. Bermula di Makam Mahsuri tu ader la insiden yang tidak disengajakan. Jalan nak keluar tu naik bukit sikit, gear van tu problem sikit dah tu nak jalan tetiba terundur sikit. Korang paham tak aku tulis aper. Macam tulisan keling pun ada. Lantak la. Berbalik cerita tu tetiba ada orang menjerit kat belakang. Aku dah risau... nasib baik tak ada pape. Bila dah lepas satu lagi halangan. Bas pelancong tetiba menghalang jalan. Aku cuba menyelit tapi tak lepas ;( bergesel dengan bas jugak. Dah tu aku undur bagi orang belakang jalan dulu. Lepas tu aku cuba gak nasib baik lepas. Bengong punya driver bas. Dia tak ada dalam bas. Nasib lah bas dia calar. Ada aku kisah?
Tak nak cerita pasal tu lagi.
***************************
Petang kami meneruskan perjalanan ke tempat yang paling ditunggu-tunggu. Cable Car hahaha. Kat situ driver semua memang tak lepaskan peluang. Kami pun nak enjoy, mana boleh tak naik. Belum tentu lepas ni dapat naik lagi. Selepas membayar tiket dan berbaris panjang, akhirnya dapat menaiki gondola tersebut. Semua perempuan, aku sorang lelaki dan adalah sepasang kekasih ke laki-bini ke tak tau la yang aku tau dia student UIA dari Dubai. Tapi yang membuat aku berkecil hati apabila diaorang semua tak nak turun dari gondola. Semua tak berani. Aku teringin naik skybridge kat atas Gunung Machincang tu. Sampai kat bawah, si Fadhil boleh perli aku. "Nasib baik Ali tak naik atas, kalau tak kena jaga dia saja. Ya la terbang kena tiup angin." Sabar jer lah aku dengan dia. Nak balik dari kawasan Cable Car, punyalah lama menunggu van yang telah bertukar driver. Penat sampai tak larat nak buat paper dah. Rasa nak tidur jer. Orang lain dah shopping kat Pekan Kuah tapi kitorang kat Cable Car lagi. Bestnya jalan nak ke kawasan tu melalui bukit, so jalan berpusing-pusing. Berbalik kepada driver yang gantikan kitorang tu, dua driver ni boleh sesat sampai dekat airport. Nasib baik dia tak jadi driver dari awal kalau tak memang tak sampai la.
Setakat ni jer... Aku akan continue lagi. Penat den monaip.