Tuesday, February 17, 2009

TAKZIAH

Ade Ellis Kurnia Prasanti Putri...

Mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 1 Februari 2009.

Berdaftar dengan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka lebih kurang jam 7.30 malam dan berada di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama selama dua minggu.

Mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian muka. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa pada otak mangsa.

Namun, Allah lebih menyayangi Putri yang telah dijemput dengan selamat pada jam 10.00.

Namun apa yang menyedihkan, jenazah yang telah pergi pada sebelah malam masih tidak dapat diuruskan di sebelah pagi kerana perlu menunggu surat dari Kedutaan Indonesia.

Mengapa perkara ini boleh terjadi. Hospital tidak dapat menguruskan kerana perkara yang mudah.

Kesian aku bila mendengar apa yang berlaku

1 comment:

DaNnY oCeaN said...

Al- Fatihah...
Semoga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang- orang yang beriman.