Saturday, January 31, 2009

Trip to Langkawi... HOLIDAY hahaha

23 Jan 09

Sekarang aku berada di Highway Dengkil. Dalam perjalanan ker Langkawi. Sebenarnya time nak gerak tadi aku tak ada mood langsung, atas satu insiden yang jadi di setor. Tak perlulah diberitahu insiden apa sebab benda tu agak memalukan dan member kecederaan kepada aku. Walaupun tak teruk tapi agak menyakitkan sebenarnya.

Bermula dengan aku hantar Reza ke Unit, kemudian aku bergegas ke pos pengawal untuk meninggalkan kamera aku, sebab Masing nak guna. Tapi malangnya Pak Guard tak nak simpankan. Then aku call Encik Nasa so senang Masing nak amik. Tapi En. Nasa pulak tak ada dekat rumah. So aku call Benny untuk tinggalkan camera tu dekat dia. Sebelum tu aku try call Cindai. Banyak kali juga aku call tapi dia tak angkat. Bila dia jawab dia dah dekat rumah. So aku terpaksa mengambil keputusan untuk tinggalkan pada Benny.

Berbalik kepada cerita aku tak der mood. Ianya bermula lepas insiden yang memalukan tu bila tiba-tiba aku rasa darah macam tak ada dalam badan. Rasa macam nak pengsan pun ada. Tapi aku kuatkan diri dan cuba bertahan. Kemudian aku dengan Reza tolong En. Sahak uruskan khemah, tapi malangnya aku dapat panggilan yang menyentap semua usaha aku untuk mendapatkan semangat aku balik. “Kau dekat mana? Semua orang dah ada ni.” Dengan intonasi yang agak tinggi seperti memarahi aku pun ada. Bermula dari situlah mood aku terus hilang. Dah la semua orang dah berkumpul. Aku pula barang pun tak angkut turun dari bilik lagi. Bertambah la tension aku. Kemudian aku luahkan lah apa yang aku rasa tu pada Reza.

Tapi Reza dah salah faham sebenarnya. Sebab masa aku buah luahan perasaan pada dia aku terlalu beremosi sebenarnya. Sehinggakan dia menyatakan, “Orang atasan, biasalah!” Dalam hati aku mengiyakan apa yang dia katakan tapi bila difikirkan balik, aku seperti telah menanamkan satu perasaan yang salah terhadap orang atasan kepada Reza. Tak apa lah. Biarlah dia berfikiran demikian, mungkin dia masih belum faham. Satu hari nanti bila dia berada di atas dia akan merasa apa yang orang atasan rasa.

Naik bas saja aku terus dia. Tak berkata apa. Just sumbat earphone dan mendengar MP3 aku. Orang lain terus gurau senda bergelak tawa, tapi aku tetap dengan diri aku sendiri. Dalam bas aku sms Shark supaya asingkan aku. Aku nak nak terlibat dengan aktiviti. Biarlah aku bantu En. Sahak saja. Then aku bayar RM50 pada Zarina. Sampai di RnR seremoan semua yang perasan tanya kenapa dengan aku???

Aku marah pada diorang ker??? Then aku explain balik dengan Shark. Nasib baik dia Faham. Aku beritahu juga pada si Biru tentang insiden yang memalukan tu. Sebelum bas memulakan perjalanan dari RnR Seremban, aku dapat la mood sikit sebab diorang buat lawak yang memang memecahkan perut dan memaksa aku gelak. Sehinggalah aku mengarang semua ini.

Sekarang aku menghala ke Ipoh. Aku rasa setakat ni je dulu nukilan aku. Nanti aku sambung lagi…

24 Jan 09

3.54 pagi berdasarkan jam di handphone aku. Kini berada di RnR yang aku sendiri tak tahu kat mana tempatnya. Menurut budak manja “nak susu!” kami kini berada di Semanggol. Aku yang tak tahu ni mengiyakan saja. Kaki aku pula semakin sakit tapi aku tetap cuba bertahan.

Tapi sesuatu yang tidak disangka… aku jumpa classmate lama aku Azie… Fazliana binti Ngali. Itu nama dia. Kalau tak kerana dia tegur aku tadi mungkin aku tak perasan sebab dia dah lain, tembam dan chubby. Dan aku pula mengambil masa yang lama untuk mengenali siapakah insan yang memanggil namaku ini. Sekali aku nampak mak dia baru aku ingat itu dia. Nasib baik aku kenal mak dia. Kalau tak mungkin aku akan bertanya “Siapa ya?” Sebab aku jenis yang lupa muka orang. Orang je ingat kat aku.

Yang lagi mengejutkan aku… dia pun akan ke Langkawi. Sampai kat atas bas aku teks kat dia, “Nanti kat sana boleh belanja aku cokelat banyak-banyak.” Sekarang bas sedang meneruskan perjalanan. Signal pencawang Celcom yang masuk ke handphone aku Bukit Merah. Bas lagi satu tengah stop kat RnR sebab diorang lambat sampai. Sebenarnya ada cerita di sebalik bas ni…

Masa aku tengah menyembang dengan Azie tadi ada bas UiTM masuk. Aku ingatkan bas Melaka, sekali bas Pahang da… Time bas Pahang berhenti, si Burn and kontijennya boleh pula naik bas tu dengan malunya. Then bila naik bas Melaka tergelak-gelak tapi sebenarnya malu. Lepas tu buat bahan gelak. Lepas tu driver yang ber-title Pak Aji mula membebel sebab lambat. Dan dia memulakan ceramahnya.

Stop dulu coretan ni… nanti aku sambung sebab aku tak tau nak isi apa. Gelap satu hal, driver matikan lampu tapi budak-budak ni masih mampu bergelak. Huhuhu.

*******************************************

Jam menunjukkan 10.22 pagi. Kini aku berada di Beringin Beach Resort, Langkawi. Kitorang naik feri around 6.45 in the morning then sampai ke Pulau Lagenda lebih kurang sejam. Dan sekali lagi aku tak ada mood dalam feri tu dan tak tahu kenapa. Lantaklah janji aku buat apa yang aku suka.

Setibanya di Jeti Kuah, Azie teks aku, dah sampai ke belum and stay kat maner. Aku explain in short then tanya dia balik. Dia pun tak sure lagi. Aku dan yang lain meneruskan langkah ke entrance untuk menunggu van yang telah disewa. Agak lama jugalah. Then aku pergi 7 Eleven kejap untuk beli makanan, tapi time tu la van nak sampai. Menggedik betul. Tadi tak nak sampai. Lepas tu oder tiga van yang dating baru 2. Angin betul, ni nak bagi servis ke tak nak?

Aku pun menunggu lah lagi. Trip kedua yang dipandu Burn sampai membawa mereka-mereka yang tertinggal di entrance menuju ke lokasi yang ditetapkan. Agak bosan menunggu En. Helmy tapi tak dapat dielakkan sebab masa tu memang sesak jalan dengan pelancong dan penghuni pulau yang ingin ke tanah Semenanjung.

Tak lama kemudian, En. Helmy sampai. Dan selang beberapa kereta di belakang van yang dibawa oleh si Fizi. Tapi malangnya si Fizi ni tak tau kenapa menggelabah nak parker. Apa lagi bergesel lah dengan van lain, lepas tu menjawab dengan pemilik van tu. Tu la menggelabah sangat bawak van lagi. Sesampai di resort, aku trip kedua last, tengok diorang dah order air. Aku mencari pura sebab makanan aku ada dekat dia. Dan apa lagi, aku makan apa yang aku dah beli. Malas aku nak membazir duit, dah la duit tak ada.

Lepas tu lepak kejap dengan budak-budak tu dengar Kucap bercerita. Apa yang melucukan bila Kucap masuk toilet perempuan sebab toilet lelaki berkunci. Dia pun redah jer lah tapi mintak si Fazly jaga kat luar. Tapi si Fazly ni pulak bergayut. Apa lagi, budak-budak perempuan masuk toilet, Kucap time tu ada. Tapi dengar jer lah apa yang diorang cerita. Bila Nik nampak semua menjerit. Nak buat macam mana, nak buang hajat tak ada tempat, tinggal satu je la yang available.

Tuesday, January 20, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

20 Januari 1988. Itulah tarikh dimana aku dilahirkan tapi tak tahu pukul berapa yang penting aku lahir dengan selamat di Hospital Sandakan. Masa tu bapak aku bertugas dekat sana sebab tulah aku lahir kat sana.

Bercakap pasal hari lahir, setengah orang mungkin seronok, bahagia dan seumpamanya. Mungkin ada juga yang bersedih. Pada aku 20 Januari sama seperti hari-hari lain. There have nothing special about the day. Just because I was born on the day. Just that.

Kadang kenangkan balik, seingat aku, tak pernah pun celebrate birthday. Tak kiralah dengan family ke dengan member ker or even dengan girlfriend. Tapi tak tahulah masa kecik-kecik dulu sebab dulu my mak cik suka belikan kek. Time tu aku around 3 or 4. Or maybe 2 years old.

Salah satu faktor aku tak merasa semua benda tu adalah sebab aku duduk kampung. Mungkin alasan ni akan ada orang cakap tak boleh diterima pakai, tapi itulah alasan yang aku boleh berikan. Sebabnya, banyak benda lain yang boleh diingat daripada ingatkan birthday. Antara aku dengan adik beradik even dalam family, tak pernah main wish birthday. Sebab itu aku tak kisah sangat pasal birthday.

Malam tadi first person yang wish aku is my… tak nak beritahu siapa, korang carilah sendiri. Kalau dia tak wish mungkin aku tak tahu hari ni birthday aku. Then barulah bertalu-talu phone aku ditembak dengan sms. Happy Birthday Ali… itulah antara ayat yang diucapkan. Seperti yang ku katakana tadi, aku layan macam tak de perasaan even say thank you.

Sampaikan adalah orang ni yang marah aku sebab tak say thank you bila kena wish. Sorry my friends, diri ini masih tak biasa dengan ucapan-ucapan sedemikian.

Well…

HAPPY 21st BIRTHDAY TO ME….

Monday, January 19, 2009

Akhirnya

Entry yang aku rasa paling best untuk tahun ini... Sebabnya benda ni masih fresh.

Akhirnya, Meet Uncle Hussein diiktiraf sebagai Juara Lagu ke-23 malam tadi. Kenapa aku menyatakan begini, sebab 2 tahun berturut-turut indie band menang dalam Anugerah Juara Lagu. Dan aku pula beruntung sebab dapat tengok live dekat Stadium Putra Bukit Jalil. At least adalah pengalaman tengok live show and rasanya macam mana. Walaupun malam sebelum live tu aku dah tengok full-dress rehersle (lantak la eja macam ner). Ada yang kata rehersle and live show is the same thing. Tapi aku rasa tak sebab ada gimik yang tak ditonjolkan time rehersle.

Hari ahad tu aku and classmate sampai ke Bukit Jalil hampir pukul 6 petang gak la. But time tu Hot FM tengah buat siaran luar and ada competition sikit la. Peserta kena menyanyi lagu-lagu finalis AJL. Aku dengar dari jauh boleh la tahan suara-suara diorang tu. Nasib baik tak dengar suara yang hancur. Malas nak dengar siaran luar tu sebab bukan dengar pun suara DJ tu, kalau tak silap time tu Suraya on duty.

Lepas tu kitorang pergi la makan kat kafeteria Kompleks Sukan tu. Tapi Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu servisnya macam mana. Lambat nak mampos. Indon pulak tu yang kerja. Order nasi ayam pun setengah jam siap. Aku geram aku pergi dekat gerai dia amik sendiri. Lepas tu bayar sekali. Untuk dua set nasi ayam beserta air yang diambil sendiri dikenakan RM10. Aku malas nak fikir panjang aku terus bayar jer. Sebab dah sakit hati, malas nak gaduh. Walaupun orang lain makan set yang sama, gerai yang sama dengan harga yang murah.

Habis makan aku & the geng terus la menuju ke pintu Aras 4 dimana kami semua ditempatkan. orang ramai berpusu-pusu and berebut nak masuk walaupun pintu masuk belum dibuka lagi. Ada gak yang cilok terus. Aku pula tak berani cilok, menyelit la kat crowd tu jer. Itulah pengalaman pertama bersesak nak masuk live show. Aku rasa nak tengok perlawanan bola pun tak sesak macam tu. Apabila menghampiri pintu masuk mulalah terjadinya adegan tolak menolak dan terdengarlah jeritan kesakitan penonton.

Dah masuk arena tu geng-geng aku mencari seat line depan sekali. Dan akhirnya acara bermula. Lecturer aku (yg juga bekas staff Media Prima) menyatakan budget AJL kali ni adalah yang terbesar. Tapi tak tahu la apa yang menyebabkan budget dia tinggi. Mungkin sebab Loreal tak taja lagi kot. Tapi kalau nak dibandingkan live show and rehersle, live show bahang dia memang lain. Dengan crowd dia yang bersorak.

Itu semua tak penting, apa yang penting apabila Meet Uncle Hussein diumum sebagai pemenang Juala Lagu ke-23. Ramai yang menyangka Faizal Tahir akan memegang trofi Juara Lagu sebab dia menang 3; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada. Tapi aku agak terkilan sebenarnya sebab Ziana Zain tak menang Vokal Terbaik. Mungkin sebab suara dia agak tenggelam. Mungkin bukan rezeki dia.

Aku pulak memang peminat Meet Uncle Hussein tapi bukan yang fanatik la. At least kemenangan Meet Uncle Hussein dapat membuka mata banyak pihak bahawa band dan muzik indie mampu mendapat tempat dalam industri muzik tanah air. Masa Meet Uncle Hussein buat persembahan sebenarnya PA system kat arena tu humming. Tak tau kat mana silapnya. Yang lepas tu biarlah berlalu, yang penting juara telah pun diumum. Semoga tiada kontroversi yang akan timbul.

Tuesday, January 13, 2009

HISTERIA 2

Malam tu memang agak kalut juga lah kitorang... sebab boleh kata semua yang merasa tu first time tengok benda ni secara live. Dan apa yang menggelikan hati, kepada sesiapa yang mengenali siapa itu Tuan K, ni sedikit dialog makhluk tu. Tuan K minta dia keluar dari badan si kurus ni (mangsa dalam masjid) lepas tu makhluk ni boleh jawab. "Aku nak yang handsome, aku tak nak kau... Kau tak handsome, aku nak yang tegap!" lebih kurang begitulah dialog dia.

Kalau aku nak ingat balik apa yang dia cakap seketul-seketul memang aku tak ingat. Setelah selesai si kurus ni... dah ok la maksudnya, bapak dgn mak dia pun sampai... Apa lagi menangis terus la ketakutan. Tapi mak si kurus ni aku panggil dia puan, kata Tuan K mungkin ada saka tapi puan tak tau. Entahlah aku pun tak nak amik tau sangat benda ni... tapi tak leh juga kalau tak amik tau.

Dan insiden ini merlarutan sampai aku kesian tengok si gemuk (mangsa kedua) dengan si kurus ni. Mana tak nya... pada keesokan harinya, dia orang kena lagi pada jam 5.30 petang. Kalau ikutkan pada petang tersebut aku akan pergi ke Festival Filem Pendek kat UPM tapi sebab benda ni dah jadi, so aku tak jadi la nak pergi festival tu. Tapi insiden petang tu puan tak dapat datang sebab puan ada dekat Muar, so atok n nenek si kecik ni la yang datang. Nasib baik tak ada apa-apa yang jadi pada sebelah malam pulak. Aku bersyukur sangat.

Tapi esoknya benda tu jadi lagi sebelah petang. Waktu tu kat parkir NR si kurus ni kena lagi... kitorang try bawak pergi masjid tapi dia tersekat kat tasik sebab yang jaga tasik tu tak bagi dia lalu.
bersambung...

Monday, January 12, 2009

Histeria

Melihat pada tajuk entry pertama tahun 2009 ni, bukan nak cerita pasal filem Histeria tapi pengalaman pertama aku menangani budak histeria. Benda ni terjadi apabila hutan belakang kampus telah di tarah untuk pembangunan sempena RMK-9.


Nak dijadikan cerita, biasalah kalau kawasan hutan sudah tentu tempat tu perkampungan makhluk-makhluk halus ni tinggal. Jumaat malam hari tu aku and budak-budak komander pergi padang kawad untuk sesi minggu suai kenal antara komander la... Dan malam tu ada bacaan Yasin untuk memohon kebenaran merobohkan surau dekat padang kawad tu.
Nak dijadikan cerita kitorang ni balik lambat lepas function tu abis tapi tak terlalu lewat la, dalam pukul 11 lebih menghampiri 11.30 malam. Lepas tu kitorang pergi la ke masjid. Dekat masjid la terjadinya insiden histeria ni...
Mulanya kitorang ingat dia pengsan sebab kena mandi untuk upacara pentauliahan, sekali rupanya "benda" tu dah masuk la ke dalam badan dua orang, seorang berbadan kurus. Aku handle yang budak perempuan yang kurus ni n member aku handle yang berbadan besar dekat luar.
Aku apa lagi menggunakan petua orang dulu-dulu memicit ibu jari kaki budak perempuan tu, dan member aku sorang azan kat telinga budak ni. Lepas tu dia pun meraung la tak tentu pasal. Dan mula lah aku mendengar suara makhluk tu, dan itulah pertama kali aku mendengar suara makhluk tu...
Disebabkan kitorang ni tak ada kepakaran yang mendalam dalam ilmu menghalau makhluk-makhluk halus ni... kami pun panggil la orang yang lebih pakar... nak tau siapa??? Tuan K. Pelik??? Tapi dialah yang membantu kitorang malam tu.
Bersambung...