Monday, January 19, 2009

Akhirnya

Entry yang aku rasa paling best untuk tahun ini... Sebabnya benda ni masih fresh.

Akhirnya, Meet Uncle Hussein diiktiraf sebagai Juara Lagu ke-23 malam tadi. Kenapa aku menyatakan begini, sebab 2 tahun berturut-turut indie band menang dalam Anugerah Juara Lagu. Dan aku pula beruntung sebab dapat tengok live dekat Stadium Putra Bukit Jalil. At least adalah pengalaman tengok live show and rasanya macam mana. Walaupun malam sebelum live tu aku dah tengok full-dress rehersle (lantak la eja macam ner). Ada yang kata rehersle and live show is the same thing. Tapi aku rasa tak sebab ada gimik yang tak ditonjolkan time rehersle.

Hari ahad tu aku and classmate sampai ke Bukit Jalil hampir pukul 6 petang gak la. But time tu Hot FM tengah buat siaran luar and ada competition sikit la. Peserta kena menyanyi lagu-lagu finalis AJL. Aku dengar dari jauh boleh la tahan suara-suara diorang tu. Nasib baik tak dengar suara yang hancur. Malas nak dengar siaran luar tu sebab bukan dengar pun suara DJ tu, kalau tak silap time tu Suraya on duty.

Lepas tu kitorang pergi la makan kat kafeteria Kompleks Sukan tu. Tapi Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu servisnya macam mana. Lambat nak mampos. Indon pulak tu yang kerja. Order nasi ayam pun setengah jam siap. Aku geram aku pergi dekat gerai dia amik sendiri. Lepas tu bayar sekali. Untuk dua set nasi ayam beserta air yang diambil sendiri dikenakan RM10. Aku malas nak fikir panjang aku terus bayar jer. Sebab dah sakit hati, malas nak gaduh. Walaupun orang lain makan set yang sama, gerai yang sama dengan harga yang murah.

Habis makan aku & the geng terus la menuju ke pintu Aras 4 dimana kami semua ditempatkan. orang ramai berpusu-pusu and berebut nak masuk walaupun pintu masuk belum dibuka lagi. Ada gak yang cilok terus. Aku pula tak berani cilok, menyelit la kat crowd tu jer. Itulah pengalaman pertama bersesak nak masuk live show. Aku rasa nak tengok perlawanan bola pun tak sesak macam tu. Apabila menghampiri pintu masuk mulalah terjadinya adegan tolak menolak dan terdengarlah jeritan kesakitan penonton.

Dah masuk arena tu geng-geng aku mencari seat line depan sekali. Dan akhirnya acara bermula. Lecturer aku (yg juga bekas staff Media Prima) menyatakan budget AJL kali ni adalah yang terbesar. Tapi tak tahu la apa yang menyebabkan budget dia tinggi. Mungkin sebab Loreal tak taja lagi kot. Tapi kalau nak dibandingkan live show and rehersle, live show bahang dia memang lain. Dengan crowd dia yang bersorak.

Itu semua tak penting, apa yang penting apabila Meet Uncle Hussein diumum sebagai pemenang Juala Lagu ke-23. Ramai yang menyangka Faizal Tahir akan memegang trofi Juara Lagu sebab dia menang 3; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada. Tapi aku agak terkilan sebenarnya sebab Ziana Zain tak menang Vokal Terbaik. Mungkin sebab suara dia agak tenggelam. Mungkin bukan rezeki dia.

Aku pulak memang peminat Meet Uncle Hussein tapi bukan yang fanatik la. At least kemenangan Meet Uncle Hussein dapat membuka mata banyak pihak bahawa band dan muzik indie mampu mendapat tempat dalam industri muzik tanah air. Masa Meet Uncle Hussein buat persembahan sebenarnya PA system kat arena tu humming. Tak tau kat mana silapnya. Yang lepas tu biarlah berlalu, yang penting juara telah pun diumum. Semoga tiada kontroversi yang akan timbul.

4 comments:

ab geldofg said...

:)

JOWO said...

to: ab geldofg
kenapa tetiba :)

DaNnY oCeaN said...

ali tipu...
ko makan 2 orunk dapat rm10..
padahal aku makan, menu yang sama,
kedai yang sama, kuantiti yang sama tapi kenapa kena bayar rm 11???

Aliya Azmi said...

lebih seringgit je la abd azim!!!!!!