Monday, January 12, 2009

Histeria

Melihat pada tajuk entry pertama tahun 2009 ni, bukan nak cerita pasal filem Histeria tapi pengalaman pertama aku menangani budak histeria. Benda ni terjadi apabila hutan belakang kampus telah di tarah untuk pembangunan sempena RMK-9.


Nak dijadikan cerita, biasalah kalau kawasan hutan sudah tentu tempat tu perkampungan makhluk-makhluk halus ni tinggal. Jumaat malam hari tu aku and budak-budak komander pergi padang kawad untuk sesi minggu suai kenal antara komander la... Dan malam tu ada bacaan Yasin untuk memohon kebenaran merobohkan surau dekat padang kawad tu.
Nak dijadikan cerita kitorang ni balik lambat lepas function tu abis tapi tak terlalu lewat la, dalam pukul 11 lebih menghampiri 11.30 malam. Lepas tu kitorang pergi la ke masjid. Dekat masjid la terjadinya insiden histeria ni...
Mulanya kitorang ingat dia pengsan sebab kena mandi untuk upacara pentauliahan, sekali rupanya "benda" tu dah masuk la ke dalam badan dua orang, seorang berbadan kurus. Aku handle yang budak perempuan yang kurus ni n member aku handle yang berbadan besar dekat luar.
Aku apa lagi menggunakan petua orang dulu-dulu memicit ibu jari kaki budak perempuan tu, dan member aku sorang azan kat telinga budak ni. Lepas tu dia pun meraung la tak tentu pasal. Dan mula lah aku mendengar suara makhluk tu, dan itulah pertama kali aku mendengar suara makhluk tu...
Disebabkan kitorang ni tak ada kepakaran yang mendalam dalam ilmu menghalau makhluk-makhluk halus ni... kami pun panggil la orang yang lebih pakar... nak tau siapa??? Tuan K. Pelik??? Tapi dialah yang membantu kitorang malam tu.
Bersambung...

No comments: