Tuesday, December 30, 2008

Takziah


Entry terakhir untuk tahun ini... takziah diucapkan kepada keluarga diraja Negeri Sembilan di atas kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Almarhun Tuanku Jaafar ibni Almarhun Tuanku Muhamad pada 27 Dis lepas. Maka dengan itu Tuanku Muhriz telah dimasyhurkan secara rasminya sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.


Pelik???


Kenapa tidak Tunku Naquiyuddin yang naik??? Persoalan itu yang bermain difikiran ku semalam ketika menyaksikan majlis pemasyhuran... dan akhirnya persoalan itu terjawab pagi tadi apabila seorang yang lebih senior menerangkan segalanya.


Nak tahu cerita selanjutnya???


Sebenarnya pemilihan pemerintah di Negeri Sembilan ni berbeza dari negeri-negeri lain sebab diorang guna adat pepatih. Kalau ikut pembahagian harta adat pepatih ni melebihkan perempuan. Negeri lain mengamalkan adat temenggong.


Dalam sistem pemilihan pemerintah ni pulak, pemimpin akan dipilih orang Undang Luak Yang Empat. Dekat Negeri Sembilan ni ada empat orang Undang Luak, diaorang ni pemimpin tertinggi dalam masyarakat. Lebih kurang macam penghulu la tapi skop diorang ni lagi besar. Undang Luak ni telah bersidang pada hari Ahad dan telah memutuskan bahawa Tuanku Muhriz akan menjadi Yang Dipertuan Besar yang baru...


Begitulah ceritanya. Tapi ada cerita lain kenapa Tuanku Muhriz naik. Tapi tak boleh cerita dekat ini, sebab kalau salah fakta boleh kena saman pakcik. Nanti tak pasal-pasal masuk ISA macam Raja Petra. Kesian omak den. Kalau nak tau sms ke, call ke nanti den cerita.


Akhir Sekali... Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga ianya lebih baik dari tahun sebelumnya.

1 comment:

ab geldofg said...

tziah...dan slmt hjra...tman rahim tmbi tu..taman buaya lah...ko ni hehehehe..salam kenal