Saturday, December 20, 2008

JAMBORI OH JAMBORI

Akhirnya Jambori Tahunan Komander Kesatria UiTM dah pun tamat. Satu event besar dan mega yang terpaksa dilaksanakan oleh budak-budak Komander Melaka.

Event yang start pada 14 Dis ni memang sangat-sangat memenatkan. Semua tak cukup tidur, tapi ada juga yang terlebih tidur sebab mengambil kesempatan ke atas teman-teman yang bekerja bersungguh-sungguh untuk menjayakan event mega ni.

Diri ini tak la memegang jawatan yang tinggi dalam organisasi pelaksana, tetapi boleh kata kalau tak ada aku, event yang besar-besar macam perasmian dan penutup mesti kurang meriah. Aku tak tahu kenapa setiap kali event, aku mesti diletakkan dalam jawatankuasa tersebut.

Tapi disebalik jambori ini sebenarnya ada kekurangan dari segi pengurusan organisasi kitorang. Setakat ni ada yang bagi maklum balas positif tapi ada juga yang bagi sebaliknya. Nak buat macam mana event ni sebenarnya event UiTM, kami just penggerak sahaja. Kalau komander-komander lain yang membaca blog ni, pihak kami memohon maaf di atas segala kekurangan yang berlaku.

Sebenarnya kami tersepit dengan pengurusan atasan dan pihak peserta sendiri. Pengurusan atasan kata begini, peserta nak sebaliknya. Kali tak dapat nak puaskan mana-mana pihak sekali gus. Tapi ada juga member-member aku yang tak puas hati dengan pihak atasan, sebab just pandai arah saja buat tak tahu. Pada aku, aku tak ada masalah dengan pihak pengurusan atasan, walaupun antara mereka sendiri ada konflik.

Disinilah sebenarnya peranan politik perlu dimainkan. Tapi perlu telus dan jangan ambil kesempatan. Wah sekarang aku dah pandai berpolitik pula. Tapi mudah-mudahan aku tak terlibat secara langsung dengan politik.

Nak tahu sebabnya, biasanya orang yang dah terlibat dalam politik, dia akan salahgunakan politik yang suci itu. Jadi tak boleh nak salahkan sistem politik sebenarnya kerana yang mencemarkan sistem politik itu adalah mereka yang berada di dalam politik itu sendiri.

Aku bukan nak cerita pasal politik sekarang ni. Aku nak cerita tentang penutup jambori pula. Nak dijadikan cerita, pada malam penutup aku lah orangnya yang menghidupkan majlis. Berderau darah mula-mula naik ke pentas. Mana taknya skrip last minutes, lepas tu menggeletar lagi. Tapi itu biasalah bila mula-mula berdepan dengan orang ramai. Walaupun orang kata aku steady tapi hanya aku sahaja yang tahu macam mana rasanya.

Mula-mula agak kelam kabut juga la walaupun starting dia MELETOP!!! Mana taknya aku matikan spotlight padang kawad, buat pengumuman then band Shah Alam terus main. Event tu dah ok tapi mikrofon pulak problem. Memang sakit hati. Orang kat bawah dengar aku bercakap macam orang gagap.

Habis jer event malam tu kitorang semua kemas. Tapi nak dijadikan cerita, yang semester kitorang beri tabik hormat kepada senior yang dah grade. Akhirnya diaorang tamat juga. Walaupun sedih tapi itulah hakikatnya. Bak kata orang patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang patah pasti tak sama dengan yang tumbuh yang hilang tak sama dengan yang berganti.

Setakat itu sahaja cerita jambori yang di-handle oleh Komander Melaka. Nanti kalau ada vidoe insya Allah aku akan tayang. Chau Chin Chau...

2 comments:

hans said...

dah macam sahak dah ko cakap
haha

Anonymous said...

haha.. aku komander sabah.. mmg banyak kekurangan yg aku nampak... tapi syabas juga buat korang komander melaka... aku nampak kesungguhan korang menjayakan jambori itu hari.. permulaan jambori agak bikin panas, tapi semakin hari semakin bagus pengurusan korang... tahniah diucapkan ikhlas dari Komander Kesatria Sabah.. =)