Thursday, November 26, 2009

Sunday, September 20, 2009

Salam & 7E




Terkejut dengan layanan mesra yang diberikan tatkala melangkah ke kedai serbaneka termasyhur, 7Eleven (7E). Layanan mesra membuktikan bahawa Malaysia masih tinggi dengan budi bahasa dan tatasusilanya. Namun ini pertama kali buat diri ku. Sebelum ini berpuluh kali aku masuk ke 7E, namun senyuman pun sukar untuk dikuntum.
Segalanya bermula apaliba door bell berbunyi:
ding dong...
pekerja: selamat datang.
aku: celcom 20.
pekerja: saya bagi 10-10 ya.
Aku mengangguk dan pekerja itu terus mengimbas barkod yang tercatat.
pekerja: terima kasih. ASSALAMUALAIKUM
Aku hanya menjawab dengan anggukan sahaja. Setelah beberapa langkah baru ku perasan dia memberi salam dan aku terus menjawabnya.
Renung-renungkanlah

Tuesday, August 25, 2009

Tak Leh Tidur...

Aku tak tahu kenapa malam ni aku tak boleh melelapkan mata... walaupun jam menunjukkan 10 minit lagi 2 pagi... Memikirkan nasib diri aku yang sukar digambarkan. Terlalu banyak yang aku fikirkan hingga tak tahu nak luah pada siapa. Akhirnya blog ini yang menjadi tempat untuk dicurahkan segalanya. Lantaklah jika ada orang yang terasa pedas tatkala membaca coretan ini. Aku tak kisah walau siapa dia pun. Sebab makin ku pendam makin sakit rasanya.

Tak tahu dimana silapnya, semuanya seperti terletak di atas bahu aku. Tak siapa yang mampu menolong melainkan diriku sendiri. Dan aku rasa aku perlu meluahkannya sebelum dia menjadi dendam yang tak berkesudahan.

Aku pernah terdengar orang tua berkata, "selagi tak tidur sebantal, kita tak tahu orang tu macam mana" akhirnya benda ini terjadi kepada diriku sendiri. Entah mana silapnya, aku selalu sahaja melihat sikap buruk orang berbanding sifat baiknya. Walaupun pada zahirnya dia adalah insan yang baik. Tapi aku pasti menjumpai sikap buruknya walaupun sekelumit.

Mungkin berpaksikan inilah aku sehingga kini tak pernah ada SAHABAT KARIB. Abang aku sendiri pernah menyatakan, cari kawan baik yang kau boleh luahkan segala masalah. Supaya masalah tu tak terbeban sendiri. Tapi aku sukar untuk mencari kawan baik apatah lagi sahabat karib hanya kerana aku sering ternampak sikap negatif yang akhirnya menjerumuskan aku untuk sukar mendekati seseorang.

Dulu roomate aku. Dari awal masuk UiTM aku dah tegur dia kerana menyidai tuala hingga menyebabkan bilik sedikit gelap. Hanya kerana benda kecil macam tu, aku menegurnya dengan agak keras dan seterusnya nampaklah semua perkara negatif. Sedangkan semua itu boleh dipadamkan dengan kebaikannya yang aku rasa dah lebih dari sifat negatif dia.

Sekarang housemate aku. Entahlah aku pun tak tahu nak kata apa. Dah banyak kali ku pesan, kemas, jangan sepah... tapi tetap berlaku juga. Hinggakan aku rasa bila dia tak ada di rumah aku begitu tenang... tapi bila dia ada, kepala mula berserabut. Kepada housemate ku yang membaca, maaf dihulur. Aku tak mampu nak tanggung lagi. Walaupun nak disebut namanya. Mungkin boleh difahami.

Kadang aku rasa dunia aku mungkin hanya untuk budak-budak level aku... Aku rindu suasana dulu. Teringin rasanya kembali zaman part 1-3. Tatkala ketika itu senior ku masih bersama, bergelak ketawa. Walaupun ada kalanya makan hati dengan diorang semua... tapi aku mampu melupakannya.

Tapi tidak kali ni... semuanya seperti duri dalam daging yang makin lama dibiarkan akan menjadi nanah dan membusuk. Dia fikir dia mampu melakukan semua kerja, dan kalau boleh nakkan semua tu dia yang buat... tapi diakhirnya tak mampu untuk lakukan seorang diri. Dan akulah kadang kala menjadi mangsa. Terpaksa dengan rela hati melakukan semua tugas yang sepatutnya bukan aku yang buat. Sebab tak ada pilihan lain, aku juga yang menjadi pak sanggup dan pak turut melakukan semuanya.

Kadang aku ade juga memberikan seribu alasan untuk mengelak... tapi akhirnya pasti terjerat juga... nak ditegur, kawan sendiri tak sampai hati. Tak diluah ini lah jadinya. Makan hati sendiri. Dari dulu lagi aku makan hati yang menjadikan aku seorang yang sensitif sebelum.

Teringat kembali zaman sebelum aku masuk ke UiTM... boleh kata aku begitu sensitif dengan semua yang aku lakukan. Sehinggakan apa yang nak dikatakan kepada orang lain pun aku terlalu berjaga-jaga demi menjaga hati pihak lain. Tapi tak sampai 1 tahun aku menginap di level, semuanya berubah. Cakap main lepas, tak fikir perasaan orang. Semuanya open minded. Kini semua membelenggu aku balik.

Sakit rasanya hati ini... tapi sukar untuk diluahkan... adakah memang fitrah aku begini??? Tapi selagi aku tidak mengubahnya, mungkin aku akan dipijak suatu hari nanti. Apakah langkah pertama yang perlu aku lakukan??? Aku sendiri tak berani untuk melangkah...
Kadang teringin mendengar herdikan senior yang membuatkann aku berani... tapi semua tu dah tak ada lagi...