Saturday, November 29, 2008

Al-Fatihah

Tengku Budriah Tengku Ismail

Datuk Razali Ismail

Takziah diucapkan kepada keluarga diraja Perlis diatas pemergian Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail juga pulang ke rahmatullah semalam ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki di Genting Highland petang semalam.

Berita yang kedengaran pagi tadi di TV3 menyatakan bahawa ibu Menteri Besar Terengganu juga pulang ke rahmatullah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesemua yang pulang di sisi-Nya.
Al-Fatihah.

Rambut Baru & Kek Batik

Esok dah balik Melaka, tak sabar rasanya nak balik kampus. Orang dok sibuk nak cuti aku sibuk nak balik kampus. Well di sini aku ingin share fesyen rambut terbaru... Sempena dengan Jambori Tahunan yang bakal berlangsung, aku telah menukar fesyen rambut. Yang mana jika sebelum ini siapa yang mengenali gerangan jejaka handsome ini, aku lebih suka mengenakan rambut yang ala-ala budak sekolah. Skima gitu... tapi kali ni aku ubah ala-ala tentera.



Kepada sesiapa yang tak pernah menatap wajahku ini, tataplah puas-puas. Janji jangan mandrem aku dah.

Nak dijadikan cerita beberapa hari lepas aku buat kek batik sebab kat rumah aku tu tak ada sesuatu yang boleh ku telan. Jadi pergilah ke kedai untuk membeli bahan-bahannya. Sesampai di kedai, benda pertama yang aku cari Buttercup (kalau salah ejaan jangan marah). Kalau nak guna margerin pun boleh jugak tapi tak tau kenapa hari tu aku tergerak untuk menggunakan butter. Nak beli serbuk koko, aku melilau cari satu kedai sekali tanya kat akak yang jaga kat situ dia tunjuk atas kepala aku jer. Demand lebih pulak tu, nak cari yang dibungkus dalam peket taknak yang diletak dalam bekas. Dah tak ada aku beli saja yang dalam bekas.

Lepas tu cari susu pekat dengan biskut Merry. Dah habis cari barang, pergi ke kaunter sekali RM12++ semuanya. Balik rumah aku suruh adik aku pecah-pecahkan biskut tu, aku pulak sibuk menyukat bahan-bahan.

Buttercup habiskan satu ketul, susu satu cawan, serbuk koko satu cawan jugak aku letak. Panaskan atas api yang sederhana, dah cair tu masukkan telur sebiji. Tak paham sebiji sebutir pun boleh. Dah cair alihkan coklat tu dari tungku kemudian masukkan biskut Merry sikit-sikit. Gaul la sampai sebati. Tapi sebelum tu aku dah masukkan loyang dalam freezer biar cepat sejuk bila masukkan dalam loyang tu. Nak masukkan dalam bekas lain pun OK jer.

Bila dah keras, sedia untuk dipotong dan dimakan. Tapi hasilnya agak kurang memuaskan sebab aku letak sampai satu cawan koko. Nasihat kepada yang nak cuba, kalau boleh telah serbuk koko lepas bancuhan dah cair, letak sikit-sikit & rasa supaya tidak terlalu pahit.

Selamat Mencuba.

Thursday, November 27, 2008

Cuti...

Cuti...

Bercakap tentang cuti memang seronok sebab banyak benda kita boleh buat dan tak teringat dengan apa-apa. Cuti aku sebenarnya start 15 Nov sehari selepas paper habis, tapi saja balik rumah lambat sebab kalau kat rumah pun bukan boleh buat apa sangat. Ternyata bila aku balik rumah, masa dihabiskan pada makan dan tidur. Kebanyakan masa aku la. Kalau rajin aku akan keluar rumah jalan-jalan keliling pekan, buang masa tak tentu hala. Malam kalau ada yang ajak aku keluar minum, keluar rumah la. Kalau tak memang akan terbongkang atas katil. Bila bangun lapar cari makanan kat dapur.

Ini menyebabkan berat badan aku naik 1kg yang mana ianya agak merisaukan aku. Sebab aku paling tak suka kalau berat badan naik. Macam pompuan. Tapi nasib baik 1hb Dis ni aku lapor diri untuk aktiviti Jambori Tahunan. Kalau tak memang bosan la aku duduk rumah sebulan. Dah la sekarang ni musim hujan. Sekarang ni aku tak sabar untuk balik ke kampus huhuhu bestnya. Walaupun kebanyakan member-member aku tak suka bila buka semester. Tapi itulah yang menggembirakan aku... sebabnya aku tak perlu membosankan diri dekat rumah yang menyebabkan berat badan aku bertambah.
Tapi masih ada aktiviti lain gak time cuti ni. Ni ada sedikit memori sepanjang aku duduk dekat rumah.


Aku ni bukan la orang yang minat bersukan, tapi member-member minta aku tangkap gambar dia orang main futsat.









So jumpa la balik member-member lama... ada yang aku kenal ada yang tak.

Monday, November 17, 2008

LINTAH BUKIT

Malam tadi budak2 Lintah Bukit ada aktiviti... kitorang cuci level pada pukul 3 pagi.. nak tahu lebih lanjut tengok la aksi2 diorang ni... Kepada senior2 kitorang yang tengok, kalau nak join datang la level huhuhu