Saturday, November 29, 2008

Rambut Baru & Kek Batik

Esok dah balik Melaka, tak sabar rasanya nak balik kampus. Orang dok sibuk nak cuti aku sibuk nak balik kampus. Well di sini aku ingin share fesyen rambut terbaru... Sempena dengan Jambori Tahunan yang bakal berlangsung, aku telah menukar fesyen rambut. Yang mana jika sebelum ini siapa yang mengenali gerangan jejaka handsome ini, aku lebih suka mengenakan rambut yang ala-ala budak sekolah. Skima gitu... tapi kali ni aku ubah ala-ala tentera.



Kepada sesiapa yang tak pernah menatap wajahku ini, tataplah puas-puas. Janji jangan mandrem aku dah.

Nak dijadikan cerita beberapa hari lepas aku buat kek batik sebab kat rumah aku tu tak ada sesuatu yang boleh ku telan. Jadi pergilah ke kedai untuk membeli bahan-bahannya. Sesampai di kedai, benda pertama yang aku cari Buttercup (kalau salah ejaan jangan marah). Kalau nak guna margerin pun boleh jugak tapi tak tau kenapa hari tu aku tergerak untuk menggunakan butter. Nak beli serbuk koko, aku melilau cari satu kedai sekali tanya kat akak yang jaga kat situ dia tunjuk atas kepala aku jer. Demand lebih pulak tu, nak cari yang dibungkus dalam peket taknak yang diletak dalam bekas. Dah tak ada aku beli saja yang dalam bekas.

Lepas tu cari susu pekat dengan biskut Merry. Dah habis cari barang, pergi ke kaunter sekali RM12++ semuanya. Balik rumah aku suruh adik aku pecah-pecahkan biskut tu, aku pulak sibuk menyukat bahan-bahan.

Buttercup habiskan satu ketul, susu satu cawan, serbuk koko satu cawan jugak aku letak. Panaskan atas api yang sederhana, dah cair tu masukkan telur sebiji. Tak paham sebiji sebutir pun boleh. Dah cair alihkan coklat tu dari tungku kemudian masukkan biskut Merry sikit-sikit. Gaul la sampai sebati. Tapi sebelum tu aku dah masukkan loyang dalam freezer biar cepat sejuk bila masukkan dalam loyang tu. Nak masukkan dalam bekas lain pun OK jer.

Bila dah keras, sedia untuk dipotong dan dimakan. Tapi hasilnya agak kurang memuaskan sebab aku letak sampai satu cawan koko. Nasihat kepada yang nak cuba, kalau boleh telah serbuk koko lepas bancuhan dah cair, letak sikit-sikit & rasa supaya tidak terlalu pahit.

Selamat Mencuba.

7 comments:

hans said...

Kesimpulan yang dapat disimpulkan dari cerita ko nih adalah --> KEK BATIK KO BUAT TAK MENJADI

wakakka

P/S: Cuba lagi sehingga berjaya

Aliya Azmi said...

lol. a guy buat kek batik. aku teringin nak buat! :D

thanks for the advise xD

aku nak cuba!

utterxcore said...

gile encem jowo..
weeee

tirumacam[annyss] said...

nnt nak try =)

Anonymous said...

nape wat rambut xsesuai dgn muke...sori r komen melampau...hahah

JOWO said...

siapakah anonymous???

Anonymous said...

'anonymous', siapa yg paling ko ingat la... teka2..