Saturday, December 27, 2008

Wahai Melaka

Aku telah sampai ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Perlukah kita sebagai rakyat Malaysia untuk berbangga??? Tapi aku tengok pembangunan dekat Melaka ni agak merisaukan...
Lantaklah aku bukan amik course perancangan bandar dan wilayah pun. Lantak kerajaan negeri lah nak buat apa kat negeri ni. Yang aku nak cerita adalah perjalanan aku hari ni... Tiket aku pukul 12.30 tengah hari dan secara rasminya aku menaiki bas terus ke Klang Sentral yang beroperasi sepenuhnya pada hari ni. Walaupun aku tengok lengang jer. Siap kena interview dengan Sinar Harian lagi. Tapi sebab aku tak tau mamat dua orang ni reporter Sinar aku jawab ala kadar jer la. Mana taknye, diaorang tak pakai tag reporter pun, memang la aku tak kenal.
Cubalah gantung tag reporter tu boleh aku jawab panjang lebar. Sepatah dia tanya setengah patah je la aku jawab. Tapi aku dah pesan kat mak aku kalau muka aku masuk paper tolong simpan paper tu.
Berbalik kepada reporter Sinar Harian ni, mulanya aku ingatkan officer Bahagian Perhubungan Luar Majlis Perbandaran Klang ker... bahagian korporat pengurusan Klang Sentral ke yang nak tengok feed back pengguna macam mana, sekali reporter. Tu pun bila dia nak bla baru aku tanye dia. Menyesal aku. Kalau tak memang aku cakap panjang lebar.
Tak nak lah cerita panjang-panjang pasal reporter dua orang tu... Mulanya aku ingatkan perjalanan jadi pendek la sebab aku ingat bas akan lalu dekat Meru. Sekali dia pusing dekat Klang Utama. Punyalah penat aku tunggu... dah tu bas lambat pulak tu. Tiap kali penumpang naik, driver terpaksa la menjawab dengan penumpang. Kalau nak ke pusat bandar kena amik bas kat Klang Utama tu... Tak sangka aku pengguna bas begitu tidak mengambil berat tentang isu semasa. Siapa yang naik bas pada hari pertama terminal tersebut beroperasi mungkin menyesal sebab pusat operasi bertukar.
Aku nak cerita tentang Klang Sentral dalam entry seterusnya... tunggu sahaja la ye.. sebab ada gambar, so boleh la aku compare and aku tunjuk kebaikan dan kelemahannya...
Lambat betul tunggu Gurney tak sampai-sampai... Ponat den, makan dah terlebih kenyang ingatkan nak tapau sushi tadi tapi memikirkan dah kenyang takyah la...
bye

3 comments:

ab geldofg said...

dan jgn lupa ke tman rahim tmbi cik..salam bro

Aliya Azmi said...

sbenarnya ko nak cakap ko masuk paper kan. hehehe

:D:D:D:D

JOWO said...

ab geldofg...
salam perkenalan.
nak ke taman rahim tambi cik??? dekat mana yer