Thursday, May 7, 2009

MENYAMPAHNYA....

salah aku atau salah dia???


Entah kenapa bila dia muncul depan mata, mood aku yang baik terus menjadi buruk. Tak tahu dimana silapnya, lagi-lagi bila pasangan belangkasnya wujud sekali. Adakah aku terlalu berfikir bahawa aku ni seorang insan yang sempurna?

Setiap kali kewujudannya di depan aku, pasti lain jadinya. Walhal sebelum ni dia adalah teman baik aku. Dia totally different now, tak seperti dulu. Adakah aku terlalu memandang negatif padanya. Padahal dulu aku yang mencanang, jangan memandang negative-side seseorang tu, tapi sekarang ianya terjadi pada aku.

Mungkin aku tak patut mencipta falsafah-falsafah yang mengarut yang diwujudkan tanpa sebarang kajian dan selidikan. Adalah aku perlu merendahkan diri memohon maaf atas kesilapan diriku???