Friday, July 17, 2009

Alahai Driver...

Betul kata orang...
Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain...
Dah memang mcm tu ciptaan yang MAHA KUASA... tak boleh diubah melain diri sendiri.

Dah tau "panas" dalam badan tu tinggi jangan la jadi driver... Sebagai seorang driver perlukan kesabaran dan sopan santun yang... aku rasa kempen budi bahasa yang kerajaan buat tak berkesan.

Sepatutnya LPKP perlu menetapkan syarat pemandu bas dan teksi @ kereta sewa ni seorang yang berhemah tinggi, sopan santun. Baru klien tak lari.

On the way nak ke Melaka Sentral menaiki Thai Lye pakcik driver tu kerek nak MAMPOS. Elok mampos je dari jadi driver. Kira ni pengalaman aku yang kedua la. Mula-mula dulu naik teksi. Tapi korang nak aku cerita yang mana dulu???

Better aku start dengan yang the latest one la. Ade la sorang nyonya tua ni nak naik bas, dia pergi herdik nyonya tu sebab penumpang lain belum turun lagi. Kesian aku tengok nyonya tu. Mane lah dia nak nampak penumpang kat atas bas tu, dia dah la rendah. Yang pak cik driver ni plak ikut kan baran dia jer... kalau ikut hati tadi memang aku blah terus, tak nak aku naik bas dia. Bukan sebab takut tapi sebab dah lambat.

Masa dalam bas plak, budak-budak sekolah ni tekan loceng terlalu awal, bajet pak cik tu turunkan bawah jejantas. Tup-tup;

Pak cik Driver: "Siapa yang tekan loceng tadi? Dah dua kali dah, loceng kat sini berenti kat sini! Siapa yang tekan tadi?" (terus buat muka ketat)

Boy 1: "Depan la sikit la orang tua ni pun" (suara slow)

Boy 2: "Biarkan jer, tak yah layan!" (suara slow gak)

Aku kat belakang gelakkan je pak cik tu. Biar dia rasa, tak tau respect customer. Mcm mana orang nak respect dia.

Lepas tu bawak bas mcm dia sorang dalam bas tu. Mula-mula menyelit dengan kancil. Kesian aku dengan kancil tu...

Next story tunggu next post.

1 comment:

his name is padin said...

aiyo.
ko naik THYE LYE?
aku menci bas tu.
pengalaman naik bas tu ibarat naik roaler coaster~