Wednesday, December 3, 2008

Latihan Pusat

Kaki ini menjejak bumi Melaka lebih kurang jam 1.30 tengah hari pada 1hb Disember. Bertemankan kawan yang tinggal di Kelemak, aku menunggu bas di Melaka Sentral. Tapi sebabkan cuaca pada hari itu agak panas aku demand sikit la. Nak naik bas MARA, tak sanggup aku naik Thay Lai (lantak lah kalau ejaan salah) alamatnya kalau naik bas tu memang masam la bau aku. Nak tunggu punya pasal, member aku ni ajak la minum kejap. Dia cakap gerai dalam MC tu mahal, so aku cadangkanlah supaya minum kat gerai sebelah luar.
Sembang punya sembang, nampak bas MARA masuk MC, tapi kitorang tak berganjak lagi la. Mesti driver dia nak rehat kejap. Habis je minum terus tunggu kat platfom. Sah driver tak sampai lagi. Aku biarkan diri ini menunggu walaupun bas lain yang nak ke Alor Gajah dah nak memulakan perjalanan. Tunggu punya tunggu driver pun dah get ready, so kitorang pun memukakan perjalanan ke Alor Gajah.
Tapi sebenarnya tujuan aku tulis entry kali ni bukanlah nak cerita pasal perjalanan aku, tapi aku nak cerita pasal latihan pusat aku. Time tunggu bas je pegawai aku call, dah sampai mane? Sampai jer aku kena terus melapor. So banyaklah kerja aku kena buat. Aku ingatkan latihan pusat ni tak akan menekan aku, tapi sebenarnya agak tertekan jugak lah. Biasalah badan beruniform memang menekankan aspek disiplin. Tapi tension gak walaupun jadual tak padat.
Dengan kerenah orang atasan dan pentadbiran, semuanya sebenarnya memeningkan kepala. Dah tu aku kena handle acara-acara besar pulak time event tu. Kadang privacy pun macam kena sekat. Patut lah bapak aku dulu keluar dari RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja). Sekarang aku baru tau macam mana bapak aku rasa dulu.
Sekadar latihan biasa tu aku tak kisah, untu fitness ape ke jadah haram semua tu. Tapi yang aku tak berkenan bila mulut lebih banyak dari tangan dan kaki. Boleh kata banyak membebel. Kadang aku ikutkan saja sebab tak nak dengar dia membebel, tapi kadang aku kena sebab orang lain. Tu yang berdesing sikit telinga ni.
Kadang ada terfikir gak nak tarik diri, tapi bila difikir-fikir sayang pun ada. Sebab aku tinggal setahun saja kat sini. Lagi pun aku dah lalui dari awal sampai sekarang. Macam-macam dah aku alami dan macam-macam yang aku dah curahkan. Rugi rasanya kalau dibuang begitu sahaja. Ibarat seorang petani yang dah penat-penat kerjakan sawah bendang, bila dah keluar hasil, dibiarkan padi tu dimakan oleh burung-burung yang berterbangan.
Dah la, nak cerita panjang-panjang malas. Nanti ada pulak yang sakit hati dengan aku. Tapi kalau terasa pedas jangan marah ye...

4 comments:

hans said...

member aku dari kedah pun ada yg komander pegi sana....

DicKiE aDaMs said...

huhu gigih komander kita! haha

Anonymous said...

klu dh xde keje lain, jd askar pun ok ape?!

Aliya Azmi said...

Ibarat seorang petani yang dah penat-penat kerjakan sawah bendang, bila dah keluar hasil, dibiarkan padi tu dimakan oleh burung-burung yang berterbangan.


BETOL tu aliiiii.
komander go go go!

wah, blog Ali sekarang semakin mega. hehe

banner tu mcm seorang ahli pejuang politik yang tegar. macam jeeeeeee :p