Friday, December 26, 2008

Apabila Semester Baru Muncul

Sebelum aku meneruskan entry ini, untuk pengetahuan pengirim-pengirim komen berkenaan kes Abby dengan Anet...
Dengan ini saya mengaku dan men-declair bahawasanya saya tidak sentap dengan si Anet tu. huhuhuhu
Buat per aku nak sentap dengan dia, tapi aku nak tunggu gak bila si Hans nak masuk tali-besen. Time pergi TV3 hari tu dia dah post kat backdrop studio berita tu... Wahai Mohamad Hanis Bin Ismail, bilakah dikau mahu muncul dikaca TV. Boleh aku war-warkan kat orang kampung.
Hari ni hari Jumaat, esok hari Sabtu. Tiket aku balik Melaka esok pukul 12.00 tapi tak tau lagi naik dari Klang Sentral atau Perhentian Bas Klang Utara. Isu yang dah sebulan tak selesai dek kerana pengusaha bas yang tetap nak stay kat tempat lama. Lantak diorang la tapi yang penting aku sampai ke Melaka dengan selamat.
Tapi ada lagi satu berita yang menyedihkan. Bas ke Alor Gajah dari Klang dah tak ada... sakit hati betul, semua semua turun dekat MC.
Sesiapa yang mengenali MC tu apa, ia merupakan sebuah stesen bas yang terkenal di Melaka yang mana menjadi pusat pengumpulan semua pengguna-pengguna bas antara negeri dan bandar. Nama penuh dia Melaka Sentral tapi jangan tanye aku macam mane boleh jadi MC, patutnya MS. Betul tak???
Tak nak cerita pasal MC tapi nak cerita pasal semester baru yang akan bermula pada 30 Dis 2008. Macam tak percaya aku belajar dekat Melaka tu dah masuk tahun ke-3! Pejam celik (2 kali) dah masuk part 5. Alhamdulillah aku tak kantoi satu subjek pun.
Tapi yang aku peliknya, course Marketing kelas aku tak ada... ape ke hal??? Jangan kata dia nak kecikkan kelas...
Sem baru ni aku banyak assignment yang best-best tapi banyak gak guna duit. RM2500 aku dah kena tolak awal-awal sebab nak beli laptop baru. Laptop lama tu aku nak jual at least RM1000-RM1200 and setakat ni ada dah pembeli sorang. Kepada pelayar-pelajar blog aku ni... kalau nak sila la tawarkan harga yang lagi tinggi.
Model Acer Aspire berapa aku lupa tapi sama macam Hans punya.
Bateri dah kong kalau nak guna lama kena guna adapter. Tapi bila guna adapter tak boleh guna touch pad sebab ada komplikasi dalaman. (wah mcm medic pulak ;O)
RAM aku tak sure lagi nak biarkan 1.5 or just nak letak RAM 512mb tu. Tengok la nanti... bergantung kepada laptop yang bakal aku beli tu.
Depan ada sticker apache... lawa gak sebab aku yang letak.
Beg insya-Allah dapat... sebab kalau aku nak simpan pun buat per kan baik aku jadikan free gift.
Mouse dapat.
Windows standard punyer...
Sorry la dah belajar advertising and grafik tapi tak apply dekat sini...
Satu hal lagi... aku tak tau aku dapat blok mana lepas ni... yang lepas dapat blok D tapi just rumah bini no dua jer. Tak selalu lepak situ. Sem ni tak tau lagi sebab kad aktiviti pun aku tak hantar. Sebenarnya aku dah malas nak hantar kad tu bila dia suruh isi online. Then kena isi borang balik. Menyusahkan betul. Kalau nak buat sistem tu biarlah firm establish dulu baru perkenalkan. Ini belum cuba terus nak suruh. Then kami la yang jadi bahan ujikaji.
Lantaklah kalau dapat aku duduk dalam, kalau tak dapat memang aku merempat la kat mana-mana bilik.
Selamat menjalani semester baru... Good Luck for all my friends.

3 comments:

hans said...

untuk pengetahuan anda yer saudara ali...
saya sentiasa keluar dkt tv..
gagagag...
aku kuar lah dkt tv9 ari tu...
rancangan nasi lemak kopi O ari jumaat bulan 8 kut xsilap..
jadi audiens jer la..
haha
xper..
jgn risau...
3-4 tahun lagi aku akan kuar dkt tv sampai ko jemu tahap muntah tgok muka aku...
haha
owh,ko nak jual itu laptop kah?
charger kasi aku la
haha
aku beli charger jer
leh tak?

hans said...

aku xdak kdit lorr
aku jawab sini jer la
aku balik pagi esok
tiket pukul 10.30
sampai mc dalam pukul 4 atau 5 macam tu...
asal...mau tunggu kah?
balik skali ke uitm?

DicKiE aDaMs said...

geni masuk tv? haiyoh.. gelap donia!