Monday, February 2, 2009

Trip to Langkawi... sambungan

25 Jan 09

Sekarang jam 0937. Baru habis sukaneka, tapi aku tak main pun sebab malas nak join. Semalam tak dapat nak sambung karangan sebab semalam agak busy dan memenatkan. Tak tau lah, nak kata sesak jadual tak juga sebab semalam aku keluar berjalan jam 5 petang. Lepas tu tinggalkan laptop kat bilik En. Wahid. Tu yang tak dapat nak buat apa-apa tu. Tapi semalam memang satu hari yang memenatkan.

Lepas buat khemah tu semua orang sibuk nak pergi jalan-jalan dan tinggallah beberapa yang tak dapat pergi sebab tak cukup kenderaan. Mana taknye van cuma dua yang pergi untuk trip meng-explore Pekan Kuah. Aku adalah antara mangsa yang tak dapat pergi untuk trip pertama... tapi still dapat pergi lah. Sebelum tu aku dan insan-insan malang tu berjalan-jalan ditepi pantai kemudian menyaksikan keagungan ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Mana taknya dengan batu di tepi pantai yang berlapis-lapis. Macam mana boleh jadi. Kalau ikut geografi tu semua adalah "gunung lipat" tapi aku tak dapat nak explain lebih sebab dah lame tinggalkan geografi.

Pekan Kuah:
Akhirnya tiba masa giliran kami meng-explore Pekan Kuah (hancur bahasa aku). Agak busy juga pekan tu, maklumlah tumpuan pelancong. Tapi semua kedai boleh kata jual benda yang sama. Biasalah bebas cukai. Cokelat, rokok, pinggan mangkuk. Tu je lah yang ada. Tapi ada sesuatu yang menarik. Penolong Ketua Projek suruh kami pulang jam 6 petang, tapi sebab kami dapat pergi dengan pas VIP (bersama En. Sahak) so balik la lambat dari yang dijadualkan. Tapi balik tu VIP kami tak balik sekali sebab dia beli pinggan mangkuk so dia baliklah dengan golongan VIP yang lain.

*****************************
1230 malam. Hari ni kami melancong sekitar Pulau Lagenda itu. Tapi malangnya aku menjadi driver semata-mata. Tak dapat nak berjalan menyelongkar tempat-tempat yang orang lain pergi. Masuk makam Mahsuri pun masuk sekali pusing jer... Orang lain siap sempat shopping lagi. Bermula di Makam Mahsuri tu ader la insiden yang tidak disengajakan. Jalan nak keluar tu naik bukit sikit, gear van tu problem sikit dah tu nak jalan tetiba terundur sikit. Korang paham tak aku tulis aper. Macam tulisan keling pun ada. Lantak la. Berbalik cerita tu tetiba ada orang menjerit kat belakang. Aku dah risau... nasib baik tak ada pape. Bila dah lepas satu lagi halangan. Bas pelancong tetiba menghalang jalan. Aku cuba menyelit tapi tak lepas ;( bergesel dengan bas jugak. Dah tu aku undur bagi orang belakang jalan dulu. Lepas tu aku cuba gak nasib baik lepas. Bengong punya driver bas. Dia tak ada dalam bas. Nasib lah bas dia calar. Ada aku kisah?
Tak nak cerita pasal tu lagi.
***************************
Petang kami meneruskan perjalanan ke tempat yang paling ditunggu-tunggu. Cable Car hahaha. Kat situ driver semua memang tak lepaskan peluang. Kami pun nak enjoy, mana boleh tak naik. Belum tentu lepas ni dapat naik lagi. Selepas membayar tiket dan berbaris panjang, akhirnya dapat menaiki gondola tersebut. Semua perempuan, aku sorang lelaki dan adalah sepasang kekasih ke laki-bini ke tak tau la yang aku tau dia student UIA dari Dubai. Tapi yang membuat aku berkecil hati apabila diaorang semua tak nak turun dari gondola. Semua tak berani. Aku teringin naik skybridge kat atas Gunung Machincang tu. Sampai kat bawah, si Fadhil boleh perli aku. "Nasib baik Ali tak naik atas, kalau tak kena jaga dia saja. Ya la terbang kena tiup angin." Sabar jer lah aku dengan dia. Nak balik dari kawasan Cable Car, punyalah lama menunggu van yang telah bertukar driver. Penat sampai tak larat nak buat paper dah. Rasa nak tidur jer. Orang lain dah shopping kat Pekan Kuah tapi kitorang kat Cable Car lagi. Bestnya jalan nak ke kawasan tu melalui bukit, so jalan berpusing-pusing. Berbalik kepada driver yang gantikan kitorang tu, dua driver ni boleh sesat sampai dekat airport. Nasib baik dia tak jadi driver dari awal kalau tak memang tak sampai la.
Setakat ni jer... Aku akan continue lagi. Penat den monaip.

2 comments:

hans said...

best kan kete cable tu
gunung machinchang

a.b geldofg said...

wah2 menarik btul