Friday, February 6, 2009

Putri

1 Feb 2009

Shirin SMS “Putri the Indonesian gal of DMC5F met an accident, teruk. Please pi tengok dia kat Hosp Melaka… Please.’ First impression aku bila dapat SMS tu aku ingatkan kemalangan biasa. Then Fizi dapat SMS dari Ina menyatakan keadaan Putri 50-50. Terus kitorang yang bergegas pergi makan and hantar 3 dara pingitan balik kampus.

0030 2 Feb 2009 aku sampai di Hospital Melaka. Terus pergi ke kaunter pertanyaan. “Ada pesakit nama Ade Ellis Kurnia?” Kakak yang jaga kaunter tu cakap dia masih lagi di Zon Merah (Bahagian Kecemasan). Aku denngan Fizi terus bergegas. Tengok kat situ, En. Baharim dengan Tn. K tercongok. Famili Putri pun ada sekali (abang dia). Tanya punya tanya, katanya dia kemalangan kat highway area Bahau. Tiga orang dalam kereta dan dia yang paling teruk.

Tak lama kemudia Puan Noraini keluar. Kali ni dia berseorangan sebab husband balik Subang dengan anak-anak. Puan beritahu yang dia (Putri) kehilangan banyak darah sehinggakan doctor pun tak berani nak jamin sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Mukanya pun besar. Kemudian bersembang la dengan puan kejap. Mintak advice sikit apa yang patut.

Tak lama kemudian Dak Koket, Tipah, Anje dengan Ator pun dating. Si Koket cakap Tipah nampak ader kereta kemalangan kat highway tadi and tak sangka pulak tu kereta yang Putri naik. Then dia ceritalah keadaan kereta tu macam ner.

Yang aku kesiankan dekat family Putri. Tunggu dari tadi dia tak keluar lagi. Jam menunjukkan jam 3 pagi. Puan Noraini pun minta diri untuk balik. Kemudian aku dengan Fizi melilau kejap sekitar hospital, tengok signboard kat mana klinik gigi. Nak dijadikan cerita adalah pak cik dua orang tegur kami. “Cari apa dik?” Spontan si Fizi menjawab, “Cari toilet!” padahal sebenarnya bercadang nak naik level dua nak tengok dekat mana klinik gigi tu. Terus je lah pergi toilet setelah diberikan direction oleh pak cik itu tadi.

Dalam toilet. YA ALLAH! Macam ni ke toilet hospital? Aku dengan Fizi persoalan tentang kebersihan tandas hospital. Sepatutnya tandas hospital merupakan tandas paling bersih. Ini tak, sama jer dengan tandas awam. RnR lagi bersih. Habis berurusan di toilet, kami pergi balik ke Jabatan Kecemasan untuk mengundur diri. Lebih kurang 3.30 pagi rasanya.

************

1.30 petang. Danny ajak pergi jenguk Putri dekat hospital. Tapi boleh pulak masuk sebab tengah waktu rehat. Dah tu plan pulak 2.30 petang, tapi Shirin beritahu boleh masuk ICU pukul 4 nanti. Aku, Fizi, Danny and Hafiz sampai tepat jam 4 petang. Sampai di ICU... Danny dengan Hafiz masuk dulu, sebab hanya dua orang saja yang dibenarkan menggunakan satu pas. Beberapa minit kemudian, diorang keluar. "Teruknya Ali!!!" itulah yang terpacul dari mulut Danny. Aku ajak dia (Danny) masuk sebab Fizi tak ada, pergi klinik gigi. Tak berani aku nak pergi sorang-sorang. Tak lama lepas tu Fizi sampai, apa lagi... kami pun bergegas ke ICU. Sampai di pintu masuk ICU, perkara pertama yang dilakukan, SILENT PHONE. Lalu kami pun meneruskan langkah.'


Selangkah demi selangkah...

Mata merayau-rayau mencari di manakah Putri...

Ada yang nazak...

Ada yang bersama ahli keluarga...

Hanya Tuhan yang tahu kesakitan dan duka yang mereka lalui.


Tiba-tiba seorang jururawat bertanya; Cari siapa dik?

"Katil Ade Ellis Kurnia dekat mana ye kak???" spontan keluar dari mulut aku.

Dia pun merujuk pada whiteboard di penjuru wad. "Katil no. 1 dik."


Kami pun pergi selepas mengucapkan terima kasih. Sampai saja dikatil tersebut... Ya Allah!!! terlalu teruk. Lebih teruk dari apa yang aku bayangkan malam tadi. Aku ingatkan mukanya hanya mengalami bengkak biasa... tapi setelah melihat kedudukan sebenar aku insaf dengan apa yang berlaku. Walau ngeri untuk melihatnya tapi ku tatap jua atas dasar kemanusiaan dan persahabatan.


Dua kali aku menatap wajahnya yang teruk dengan begitu banyak jahitan dan luka serta darah yang masih keluar.

Akhirnya aku mengalah. Tak mampu untuk ku tatap wajahnya yang layu di situ. Aku terus menarik lengan Fizi dan terus berlalu dari situ, tapi sebelum tu sempat ku bertanya kepada doktor yang bertugas. Namun maklumat tak boleh diberikan melainkan kepada warisnya sahaja.

Semoga Allah memberkati dan merahmati Putri dan semoga dia cepat sembuh.

3 comments:

a.b geldofg said...

semuga allah benarkan dia utk trus mrentas dunia ini.......amin

DaNnY oCeaN said...

ali... jgn la citer mcm gitu. sedih + takot aku. aku dah la banyak dosa dengan dye.

harap dye cepat sembuh. kita sama2 doa kan..

hans said...

kesian gila dia...
kalau aku diuji macam tu..
tak dapat bayang...
minta simpang