Saturday, January 31, 2009

Trip to Langkawi... HOLIDAY hahaha

23 Jan 09

Sekarang aku berada di Highway Dengkil. Dalam perjalanan ker Langkawi. Sebenarnya time nak gerak tadi aku tak ada mood langsung, atas satu insiden yang jadi di setor. Tak perlulah diberitahu insiden apa sebab benda tu agak memalukan dan member kecederaan kepada aku. Walaupun tak teruk tapi agak menyakitkan sebenarnya.

Bermula dengan aku hantar Reza ke Unit, kemudian aku bergegas ke pos pengawal untuk meninggalkan kamera aku, sebab Masing nak guna. Tapi malangnya Pak Guard tak nak simpankan. Then aku call Encik Nasa so senang Masing nak amik. Tapi En. Nasa pulak tak ada dekat rumah. So aku call Benny untuk tinggalkan camera tu dekat dia. Sebelum tu aku try call Cindai. Banyak kali juga aku call tapi dia tak angkat. Bila dia jawab dia dah dekat rumah. So aku terpaksa mengambil keputusan untuk tinggalkan pada Benny.

Berbalik kepada cerita aku tak der mood. Ianya bermula lepas insiden yang memalukan tu bila tiba-tiba aku rasa darah macam tak ada dalam badan. Rasa macam nak pengsan pun ada. Tapi aku kuatkan diri dan cuba bertahan. Kemudian aku dengan Reza tolong En. Sahak uruskan khemah, tapi malangnya aku dapat panggilan yang menyentap semua usaha aku untuk mendapatkan semangat aku balik. “Kau dekat mana? Semua orang dah ada ni.” Dengan intonasi yang agak tinggi seperti memarahi aku pun ada. Bermula dari situlah mood aku terus hilang. Dah la semua orang dah berkumpul. Aku pula barang pun tak angkut turun dari bilik lagi. Bertambah la tension aku. Kemudian aku luahkan lah apa yang aku rasa tu pada Reza.

Tapi Reza dah salah faham sebenarnya. Sebab masa aku buah luahan perasaan pada dia aku terlalu beremosi sebenarnya. Sehinggakan dia menyatakan, “Orang atasan, biasalah!” Dalam hati aku mengiyakan apa yang dia katakan tapi bila difikirkan balik, aku seperti telah menanamkan satu perasaan yang salah terhadap orang atasan kepada Reza. Tak apa lah. Biarlah dia berfikiran demikian, mungkin dia masih belum faham. Satu hari nanti bila dia berada di atas dia akan merasa apa yang orang atasan rasa.

Naik bas saja aku terus dia. Tak berkata apa. Just sumbat earphone dan mendengar MP3 aku. Orang lain terus gurau senda bergelak tawa, tapi aku tetap dengan diri aku sendiri. Dalam bas aku sms Shark supaya asingkan aku. Aku nak nak terlibat dengan aktiviti. Biarlah aku bantu En. Sahak saja. Then aku bayar RM50 pada Zarina. Sampai di RnR seremoan semua yang perasan tanya kenapa dengan aku???

Aku marah pada diorang ker??? Then aku explain balik dengan Shark. Nasib baik dia Faham. Aku beritahu juga pada si Biru tentang insiden yang memalukan tu. Sebelum bas memulakan perjalanan dari RnR Seremban, aku dapat la mood sikit sebab diorang buat lawak yang memang memecahkan perut dan memaksa aku gelak. Sehinggalah aku mengarang semua ini.

Sekarang aku menghala ke Ipoh. Aku rasa setakat ni je dulu nukilan aku. Nanti aku sambung lagi…

24 Jan 09

3.54 pagi berdasarkan jam di handphone aku. Kini berada di RnR yang aku sendiri tak tahu kat mana tempatnya. Menurut budak manja “nak susu!” kami kini berada di Semanggol. Aku yang tak tahu ni mengiyakan saja. Kaki aku pula semakin sakit tapi aku tetap cuba bertahan.

Tapi sesuatu yang tidak disangka… aku jumpa classmate lama aku Azie… Fazliana binti Ngali. Itu nama dia. Kalau tak kerana dia tegur aku tadi mungkin aku tak perasan sebab dia dah lain, tembam dan chubby. Dan aku pula mengambil masa yang lama untuk mengenali siapakah insan yang memanggil namaku ini. Sekali aku nampak mak dia baru aku ingat itu dia. Nasib baik aku kenal mak dia. Kalau tak mungkin aku akan bertanya “Siapa ya?” Sebab aku jenis yang lupa muka orang. Orang je ingat kat aku.

Yang lagi mengejutkan aku… dia pun akan ke Langkawi. Sampai kat atas bas aku teks kat dia, “Nanti kat sana boleh belanja aku cokelat banyak-banyak.” Sekarang bas sedang meneruskan perjalanan. Signal pencawang Celcom yang masuk ke handphone aku Bukit Merah. Bas lagi satu tengah stop kat RnR sebab diorang lambat sampai. Sebenarnya ada cerita di sebalik bas ni…

Masa aku tengah menyembang dengan Azie tadi ada bas UiTM masuk. Aku ingatkan bas Melaka, sekali bas Pahang da… Time bas Pahang berhenti, si Burn and kontijennya boleh pula naik bas tu dengan malunya. Then bila naik bas Melaka tergelak-gelak tapi sebenarnya malu. Lepas tu buat bahan gelak. Lepas tu driver yang ber-title Pak Aji mula membebel sebab lambat. Dan dia memulakan ceramahnya.

Stop dulu coretan ni… nanti aku sambung sebab aku tak tau nak isi apa. Gelap satu hal, driver matikan lampu tapi budak-budak ni masih mampu bergelak. Huhuhu.

*******************************************

Jam menunjukkan 10.22 pagi. Kini aku berada di Beringin Beach Resort, Langkawi. Kitorang naik feri around 6.45 in the morning then sampai ke Pulau Lagenda lebih kurang sejam. Dan sekali lagi aku tak ada mood dalam feri tu dan tak tahu kenapa. Lantaklah janji aku buat apa yang aku suka.

Setibanya di Jeti Kuah, Azie teks aku, dah sampai ke belum and stay kat maner. Aku explain in short then tanya dia balik. Dia pun tak sure lagi. Aku dan yang lain meneruskan langkah ke entrance untuk menunggu van yang telah disewa. Agak lama jugalah. Then aku pergi 7 Eleven kejap untuk beli makanan, tapi time tu la van nak sampai. Menggedik betul. Tadi tak nak sampai. Lepas tu oder tiga van yang dating baru 2. Angin betul, ni nak bagi servis ke tak nak?

Aku pun menunggu lah lagi. Trip kedua yang dipandu Burn sampai membawa mereka-mereka yang tertinggal di entrance menuju ke lokasi yang ditetapkan. Agak bosan menunggu En. Helmy tapi tak dapat dielakkan sebab masa tu memang sesak jalan dengan pelancong dan penghuni pulau yang ingin ke tanah Semenanjung.

Tak lama kemudian, En. Helmy sampai. Dan selang beberapa kereta di belakang van yang dibawa oleh si Fizi. Tapi malangnya si Fizi ni tak tau kenapa menggelabah nak parker. Apa lagi bergesel lah dengan van lain, lepas tu menjawab dengan pemilik van tu. Tu la menggelabah sangat bawak van lagi. Sesampai di resort, aku trip kedua last, tengok diorang dah order air. Aku mencari pura sebab makanan aku ada dekat dia. Dan apa lagi, aku makan apa yang aku dah beli. Malas aku nak membazir duit, dah la duit tak ada.

Lepas tu lepak kejap dengan budak-budak tu dengar Kucap bercerita. Apa yang melucukan bila Kucap masuk toilet perempuan sebab toilet lelaki berkunci. Dia pun redah jer lah tapi mintak si Fazly jaga kat luar. Tapi si Fazly ni pulak bergayut. Apa lagi, budak-budak perempuan masuk toilet, Kucap time tu ada. Tapi dengar jer lah apa yang diorang cerita. Bila Nik nampak semua menjerit. Nak buat macam mana, nak buang hajat tak ada tempat, tinggal satu je la yang available.

5 comments:

Aliya Azmi said...

“Siapa ya?” Sebab aku jenis yang lupa muka orang. Orang je ingat kat aku.

wah Ali, sungguh Busy........!

*buntang mata*

DaNnY oCeaN said...

hahahahahaha....
walaupun kau xda mood,
at least ko dapat pergi..

aku ni? dah la sakit, xdapat pergi,
tinggal kat kampus sorunk2 plak tue.

hans said...

wah..negeri aku tu...
amacam?
best x?

DicKiE aDaMs said...

aiyoh.. ali emo gitu.. cm dtg bulan katanya... haha

smbung lg cite ni!!

Budak Handsome said...

sabar nanti aku update...