Thursday, November 27, 2008

Cuti...

Cuti...

Bercakap tentang cuti memang seronok sebab banyak benda kita boleh buat dan tak teringat dengan apa-apa. Cuti aku sebenarnya start 15 Nov sehari selepas paper habis, tapi saja balik rumah lambat sebab kalau kat rumah pun bukan boleh buat apa sangat. Ternyata bila aku balik rumah, masa dihabiskan pada makan dan tidur. Kebanyakan masa aku la. Kalau rajin aku akan keluar rumah jalan-jalan keliling pekan, buang masa tak tentu hala. Malam kalau ada yang ajak aku keluar minum, keluar rumah la. Kalau tak memang akan terbongkang atas katil. Bila bangun lapar cari makanan kat dapur.

Ini menyebabkan berat badan aku naik 1kg yang mana ianya agak merisaukan aku. Sebab aku paling tak suka kalau berat badan naik. Macam pompuan. Tapi nasib baik 1hb Dis ni aku lapor diri untuk aktiviti Jambori Tahunan. Kalau tak memang bosan la aku duduk rumah sebulan. Dah la sekarang ni musim hujan. Sekarang ni aku tak sabar untuk balik ke kampus huhuhu bestnya. Walaupun kebanyakan member-member aku tak suka bila buka semester. Tapi itulah yang menggembirakan aku... sebabnya aku tak perlu membosankan diri dekat rumah yang menyebabkan berat badan aku bertambah.
Tapi masih ada aktiviti lain gak time cuti ni. Ni ada sedikit memori sepanjang aku duduk dekat rumah.


Aku ni bukan la orang yang minat bersukan, tapi member-member minta aku tangkap gambar dia orang main futsat.









So jumpa la balik member-member lama... ada yang aku kenal ada yang tak.

2 comments:

hans said...

Aku ni bukan la orang yang minat bersukan, tapi member-member minta aku tangkap gambar dia orang main futsat.

futsat ke futsal???

naik 1kg jer pun?
apa salah berat ko naik...
nampak berisi sikit...
ker ko nak aku transfer berat aku dkt ko?
ko amik la 10kg..aku xkisah..kawan2 kira halal lah

Aliya Azmi said...

apsal tak minat sukan??
tapi ko suka komander?
apakah???