Keliru dengan diri ini...
Memikirkan masa depan yang bakal ditempuhi...
Entah dengan siapa akan berada di sisi...
Layakkah masa depan untuk ku???
Sedangkan hati & duniaku sendiri keliru...
Mencari dimana hendak dituju...
Dan bersama siapa meneruskan liku...
Rangkap pantun yang tertulis secara tidak langsung pabila memikirkan masa depan yang akan ku harungi. Entahlah kadang aku bingung... Layakkah aku untuk dia??? Dunia ku dan dunianya berbeza. Persamaan sukar sekali untuk dicari.
Hatiku...
Itulah duniaku.
Kerana hati dan pemikiran aku sendiri yang akan menentukan kehidupan aku bagaimana. Namun, hati ku... tak tau nak cakap macam mana; ianya pernah dimiliki. Tapi duniakan sukar untuk diterima.
Dunianya terlalu mulia dan suci. Sedangkan dunia ku... boleh kata hancur dan tak salah aku katakan sebenarnya duniaku terlalu sosial. Tapi itulah duniaku. Aku yang pilih dan aku yang tentukan.
Adakah aku sesuai untuknya??? Jika ku teruskan... bagaikan aku menyembelih haiwan peliharaan yang tak berdosa. Terlalu zalim aku padanya.
Apa yang perlu aku lakukan??? Tiba-tiba fikiran ini buntu untuk mencari penyelesaiannya. Atau mungkinkah semua ini salah aku??? Ya memang salah aku... kerana aku terlalu zalim...
PELANCARAN BEG TANGAN KOLEKSI AS x SALLY
4 weeks ago
